Connect with us

Terkini

Crackhouse salahguna lesen, DBKL bakal keluar surat tunjuk sebab

Beliau berkata Crackhouse telah beroperasi di pinggir bandar Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di bandar ini dengan hanya lesen restoran, bukan lesen hiburan.

Wartawan TMT

Published

on

DBKL keluar surat tunjuk sebab
Foto: Sumber The Star
  • DBKL akan keluarkan surat tunjuk sebab kepada Crackhouse kerana beroperasi tanpa lesen hiburan.
  • Crackhouse yang beroperasi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) didakwa menggunakan lesen restoran untuk tujuan hiburan.
  • Mereka akan diberi tempoh 14 hari untuk memberi maklum balas atau buat rayuan.
  • Perkara ini diserahkan kepada jawatankuasa pelesenan DBKL untuk siasatan lanjut.

PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Crackhouse Comedy Club kerana ia beroperasi tanpa lesen yang betul, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Beliau berkata Crackhouse telah beroperasi di pinggir bandar Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di bandar ini dengan hanya lesen restoran, bukan lesen hiburan.

“Mereka memerlukan kedua-duanya. Jadi mereka pasti melanggar syarat (lesen),” katanya ketika dihubungi pada Isnin (11 Julai).

Jalaluddin berkata surat itu akan dikeluarkan pada hari ini (Selasa) dan Crackhouse akan mempunyai 14 hari untuk memberi maklum balas.

“Mereka boleh membuat rayuan dalam tempoh 14 hari dan memohon lesen hiburan, dan ini terletak di bawah bidang kuasa jawatankuasa pelesenan DBKL.

“Saya akan serahkan kepada jawatankuasa untuk menyiasat samada lesen yang ada sekarang telah disalahgunakan,” tambahnya.

Hujung minggu lalu, satu video berdurasi 54 saat tular di media sosial menunjukkan seorang wanita mendakwa telah menghafal 15 juzuk al-Quran, kemudian menanggalkan tudung dan baju kurungnya sehingga menampakkan dirinya berpakaian tidak sopan.

Pada Ahad (10 Julai), DBKL mengumumkan penggantungan kelab komedi tersebut sementara menunggu siasatan lesen premis.

Sumber: TheStar

 

 

 

Author

Teruskan Membaca

1 Comment

  1. Avatar

    Khayrul

    July 13, 2022 at 10:32 am

    Semoga wanita itu diberikan Hidayah-Nya dan insaf…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending