Connect with us

Antarabangsa

Bekas sami rasuah wartawan demi sembunyi skandal seks

Pongsakorn Chankaeo, berumur 23 tahun, merupakan bekas sami Buddha yang baru-baru ini terpalit dengan skandal seks yang telah menghancurkan persepsi baik warga Thailand terhadap golongan sami.

Wartawan TMT

Published

on

sami buddha skandal seks
Foto: Bekas sami Pongsakorn Chankaeo memulangkan wang pinjaman. Sumber, Nujaree Rakrun
  • Pongsakorn Chankaeo, bekas sami Buddha terpalit dengan skandal seks yang menghancurkan persepsi baik warga Thailand terhadap golongan sami.
  • Dia meminjam sejumlah 600,000 baht dari pihak kuil untuk membayar beberapa pihak bagi merahsiakan skandal tersebut.
  • Skandal tersebut terdedah apabila perbualannya dalam sebuah rakaman audio terdedah.
  • Rakaman tersebut mendedahkan bahawa bekas sami terbabit telah mengadakan hubungan intim dengan seorang wanita beberapa kali.

NAKHON SI THAMMARAT – Pongsakorn Chankaeo, berumur 23 tahun, merupakan bekas sami Buddha yang baru-baru ini terpalit dengan skandal seks yang telah menghancurkan persepsi baik warga Thailand terhadap golongan sami.

Berikutan insiden kebocoran rakaman audio perbualan mengenai hubungan seks rahsianya dengan seorang wanita, Pongsakorn telah meninggalkan kuil Wat Pen Yat di daerah Chawang dan menjalani kehidupan berasingan sejak itu.

Rakaman tersebut mendedahkan bahawa bekas sami terbabit telah mengadakan hubungan intim beberapa kali dengan wanita tersebut di dalam sebuah kereta di puncak empangan Kathoon di daerah Phiphun.

Ketika ditemu bual salah sebuah program TV, Pongsakorn mengakui salah lakunya sejak tiga bulan lalu dan memberi kira-kira 300,000 baht kepada wanita berusia 37 tahun itu untuk menamatkan hubungan kontroversi mereka setelah wanita itu berulang kali menuntut wang darinya.

Selain itu, terdapat laporan menyatakan bahawa Pongsakorn turut membayar 300,000 baht lagi kepada seorang wartawan untuk mengunci mulutnya dan tidak memberitahu siapapun mengenai skandal tersebut.

“Pongsakorn ada meminjam wang dari kuil, tetapi pihak kuil tidak tahu apa yang dia mahu lakukan dengan duit itu”, ujar Wasanti Jongruay, pengarah Wat Pen Yat.

Walau bagaimanapun, pihak kuil mengesahkan bahawa bekas sami terbabit telah memulangkan wang pinjaman sebanyak 600,000 baht kepada mereka. 

Pongsakorn membuat keputusan untuk menjadi sami pada 2017 dan mempunyai ramai pengikut di media sosial kerana warga maya tertarik dengan caranya yang menghiburkan dalam menyampaikan ajaran agama Buddha.

Sumber: Bangkok Post

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Jururawat bantu Gaza selepas 7 Oktober ditahan pihak berkuasa Perancis

Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi.
  • Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
  • Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
  • Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
  • Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.

Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.

Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.

Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.

Seorang Ahli Parlimen dari parti La France Insoumise (LFI), Thomas Portes memaklumkan bahawa Maarifi telah dibebaskan daripada tahanan.

“Penggeledahan rumah di hadapan keluarganya tidak meragukan niat menakut-nakutkan suara yang bangkit menyokong rakyat Palestin dan tuntutan segera gencatan senjata,” tulis ahli parlimen itu di platform X.

Maarifi sebelum ini hadir di perhimpunan pro-Palestin di Perancis untuk berkongsi pengalaman tentang keadaan kritikal disaksikannya di Gaza.

Dia juga menyatakan tuntutan gencatan senjata segera di Gaza dan pemboikotan ke atas syarikat-syarikat menyokong Israel.

Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.

Lebih 40,800 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dibunuh rejim zionis Israel dan hampir 94,300 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending