Connect with us

Komuniti

Banjir Baling: Tiga sekeluarga masih gagal ditemui

Tiga sekeluarga berusia antara 14 hingga 53 tahun disahkan hilang dihanyutkan arus dalam kejadian kepala air dan banjir yang melanda Kampung Iboi, Baling, petang Isnin.

Wartawan TMT

Published

on

Banjir Baling
  • Tiga sekeluarga berusia antara 14 hingga 53 tahun disahkan hilang dihanyutkan kepala air di Kampung Iboi, Baling.
  • Rumah mereka turut hanyut dalam bencana banjir itu.
  • Pasukan penyelamat termasuk APM dan bomba beri tumpuan memindah dan mengesan mangsa terperangkap dalam banjir.
  • Usaha pihak penyelamat itu membabitkan 11 kampung di Baling pada petang Isnin.
  • Operasi mencari dan menyelamat (SAR) berdepan kesukaran akibat cuaca gelap dan laluan terputus.
  • Difahamkan, masih ada penduduk terperangkap di kediaman, sekolah dinaiki air.

BALING: Tiga sekeluarga berusia antara 14 hingga 53 tahun disahkan hilang dihanyutkan arus dalam kejadian kepala air dan banjir yang melanda Kampung Iboi, Baling, petang Isnin.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kedah, Muhamad Mat Yakim, dalam perkongsian di laman Facebooknya Isnin malam, berkata semua mereka belum ditemui sehingga kini.

“Salah seorang mangsa Abd. Rahman Said, 71, menceritakan kepada Datuk Seri Muhammad Sanusi (Md Nor) situasi tragis dia kehilangan tiga daripada ahli keluarganya dalam kejadian kepala air di Kampung Iboi, petang tadi.

“Isteri Abd. Rahman, Salmah Mat Akib, 53; anaknya Mohd Khairul Ikhwan, 14, dan menantu Nurul Hanis Abu Hassan, 23, dihanyutkan kepala air yang datang secara tiba-tiba, dan masih belum dijumpai hingga kini.

“Rumah mereka juga turut dihanyutkan dalam bencana itu,” katanya yang mengiringi Menteri Besar turun padang meninjau kawasan bencana Isnin malam.

Media sebelum ini melaporkan, pasukan penyelamat termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan bomba menumpukan usaha pemindahan dan mengesan mangsa terperangkap dalam banjir melibatkan 11 kampung di Baling, pada petang Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata kampung terbabit terletak berhampiran Sungai Kupang.

Katanya, antara kampung terlibat ialah Kampung Bendang Padang, Kampung Iboi, Kampung Padang Ampang, Kampung Tok Saba, Kampung Hangus, Kampung Pisang, Kampung Sadik, Kampung Kitang, Kampung Tanjung, Kampung Lata Celak dan Kampung Badak Ampang.

“Sehingga kini, bomba telah memindahkan 55 mangsa yang terperangkap ke tempat selamat dan operasi pemindahan masih dijalankan sehingga kini,” katanya ketika dihubungi di sini, Isnin malam.

Difahamkan, usaha pemindahan penduduk terjejas selain operasi mencari dan menyelamat (SAR) berdepan kesukaran disebabkan cuaca gelap dan laluan terputus akibat dinaiki air.

Turut difahamkan, masih ada penduduk yang terperangkap di kediaman dan sekolah yang dinaiki air.

Astro AWANI akan mendapatkan perkembangan terkini dan pengesahan daripada pihak berkuasa mengenai perkara ini.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Komuniti

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong

Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Hanani Zulkifli

Published

on

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong
Foto: Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung (kiri), & Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri (kanan hujung).
  • Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.
  • Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
  • Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     
  • “Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.
  • “Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

KUALA LUMPUR – Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     

“Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.

“Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

Firdaus Wong berkata sahabatnya itu berkelayakan jurusan pengajian Islam dari Universiti Maghribi dan sangat aktif dalam bidang dakwah, khususnya penulisan dalam bidang hadis, maqasid syariah dan sejarah Islam.

Malah, katanya, Mohd Fikri telah menghasilkan lebih 20 buku dan pernah menjadi kolumnis dalam beberapa majalah.

“Namun hasratnya untuk meneruskan usaha dakwah itu terhenti disebabkan penyakit yang dialaminya,” kata Firdaus Wong. 

Mana-mana pihak ingin membantu usaha dakwah dan kebajikan MRM, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun MAYBANK 5648 1052 0353 (Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor). — The Merdeka Times

Sumber:  Facebook

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending