Connect with us

Terkini

Terima sumbangan kewangan dari syarikat rokok,pakar kesihatan bimbang ahli politik tidak sokong RUU Kawalan Tembakau dan Merokok

Bagaimanapun, kenyataan yang dibuat beberapa pemimpin politik dilihat agak mengecewakan kerana mereka mempunyai kuasa untuk melindungi generasi Malaysia akan datang.

Wartawan TMT

Published

on

syarikat rokok - profesor datuk dr lokman
Foto: Profesor Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman.
  • Pakar Perunding Kesihatan Awam, Profesor Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman bimbang sesetengah pemimpin politik yang meletakkan syarat sebelum menyokong RUU Kawalan Tembakau dan Merokok.
  • “Jika wakil rakyat atau parti menerima sumbangan kewangan dari syarikat rokok atau vape, sewajarnya mereka mengisytiharkan kepentingan sebelum membuat sebarang kenyataan berkaitan dengannya,” katanya.
  • “Tangan-tangan pelbagai pakar telah menggubal RUU ini. Saya telah menggunakan tangan saya bagi menulis surat ini dan ahli Yang Berhormat mempunyai kuasa untuk menggunakan tangan di Parlimen bagi melindungi generasi Malaysia akan datang,” – Profesor Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman.

SHAH ALAM: Pakar kesihatan menzahirkan kebimbangan dengan kenyataan sesetengah pemimpin politik yang dilihat tidak menyokong Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Tembakau dan Merokok, termasuk ada yang meletakkan syarat sebelum menyokong.

Pakar Perunding Kesihatan Awam, Profesor Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, sebagai wakil di dalam Parlimen, wakil rakyat mempunyai tanggungjawab moral bagi menyokong RUU itu dan memastikan wakil parti di Parlimen mengundi menyokong RUU berkenaan.

Bagaimanapun, kenyataan yang dibuat beberapa pemimpin politik dilihat agak mengecewakan kerana mereka mempunyai kuasa untuk melindungi generasi Malaysia akan datang.

“Saya merasa amat terkilan dengan kenyataan retorik mereka yang tidak menyokong atau menzahirkan kebimbangan yang tidak berasas atau meletakkan syarat sebelum menyokong, yang sebahagian besarnya mengalunkan irama yang sama dengan nada yang disuarakan oleh pihak industri.

“Sebab itu saya terpanggil meminta parti dan pegawai parti untuk mengisytiharkan kepentingan mereka berkait dengan industri rokok dan vape.

“Jika wakil rakyat atau parti menerima sumbangan kewangan dari syarikat rokok atau vape, sewajarnya mereka mengisytiharkan kepentingan sebelum membuat sebarang kenyataan berkaitan dengannya,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Jelas Lokman Hakim, adalah menjadi tugas wakil rakyat dalam membuat dasar dan mereka harus memastikan pegawai dan kakitangan kerajaan memperincikan perlaksanaan dasar tersebut.

RUU ini katanya, digubal oleh pakar-pakar yang arif mengenai isu yang ditangani dan telah melalui proses-proses libat urus dengan pihak-pihak yang berkepentingan untuk tempoh yang cukup lama.

 “Saya tidak berkesempatan melihat RUU ini diluluskan semasa saya berkhidmat dalam kerajaan, namun saya masih menaruh harapan ia akan menjadi kenyataan semasa hayat saya.

“Tangan-tangan pelbagai pakar telah menggubal RUU ini. Saya telah menggunakan tangan saya bagi menulis surat ini dan ahli Yang Berhormat mempunyai kuasa untuk menggunakan tangan di Parlimen bagi melindungi generasi Malaysia akan datang,” jelasnya.

Sumber: Sinar Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Tindakan pembohong dan pencuri zionis tuntut Palestin adalah tindakan keluar agama Yahudi

Tindakan pembohong dan pencuri zionis menuntut Palestin sebagai tanah asal Yahudi dan menubuhkan negara Israel adalah tindakan meninggalkan agama Yahudi secara keseluruhannya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Aktivis dan Jurucakap Neturei Karta, Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

KUALA LUMPUR – Tindakan pembohong dan pencuri zionis menuntut Palestin sebagai tanah asal Yahudi dan menubuhkan negara Israel adalah tindakan meninggalkan agama Yahudi secara keseluruhannya.

Aktivis dan Jurucakap Neturei Karta, Rabbi Yisroel Dovid Weiss berkata kumpulan zionis terbukti tidak menjaga ajaran agama Yahudi dan tidak layak dikaitkan dengan agama itu.

Neturei Karta adalah organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis.

“Mereka pembohong! semudah itu, mereka adalah pencuri, mereka adalah pembohong, negara Israel dicipta oleh orang-orang yang meninggalkan agama Yahudi, meninggalkan ketuhanan, meninggalkan agama Yahudi secara keseluruhan, mereka secara terbuka tak menjaga (arahan agama), negara itu tak menjaga 10 Perintah (dalam agama Yahudi). 

“Saya selalu kongsi gambar masa mereka buat, masa mereka isytiharkan kemerdekaan kamu pun boleh nampak, orang Yahudi kena tutup kepala seperti saya, semua Yahudi lelaki perlu menutup kepala mereka.

“Kamu boleh lihat (mereka yang) duduk pada hari-hari bersejarah pengisytiharan kemerdekaan, kamu lihat sini David Ben Gurion, ini gambar Herzl, hampir kesemua mereka tidak menutup kepala mereka.

“Ia satu sandiwara, ia adalah gurauan (bahawa) mereka menubuhkan sebuah negara Yahudi, jadi secara mudahnya ia bukan negara Yahudi, ia satu negara nasionalis yang menggunakan agama sebagai topeng, untuk menyamar, untuk menakut-nakutkan orang supaya mereka tidak bersuara menentang mereka,” kata Yisroel kepada The Merdeka Times selepas Persidangan Coalition of Malaysian Non-Governmental Organisation: Free Palestine Colloquium di Perdana Leadership Foundation, Putrajaya, dekat sini hari ini.

Turut hadir bekas Menteri Luar, Tan Sri Rais Yatim; Bekas Penolong Setiausaha Agung PBB, Dr Hans-Christof von Sponeck; Calon Hadiah Keamanan Nobel 2024, Dr Maung Zarni; dan Pengerusi Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail.

Yisroel turut menjelaskan alasan zionis untuk menduduki tanah suci itu kerana adanya arahan 3,000 tahun dulu sebenarnya sudah berakhir 2,000 tahun dahulu atas ketetapan orang-orang Yahudi diusir atas kesilapan dan dosa mereka.

“Jadi mereka (zionis) menggunakan fakta yang tuhan berikan (arahan kepada) orang Yahudi 3,000 tahun dulu supaya memasuki tanah suci, tetapi mereka sama sekali mengabaikan fakta bahawa 2000 tahun yang lalu, kita dihantar ke pengasingan dan kita dilarang sebagai orang Yahudi untuk mewujudkan negara Yahudi.

“Dan pastinya (memasuki Palestin) bukan dengan membunuh dan mencuri, dan pastinya – orang Islam dan orang Arab yang bersahabat dengan Yahudi yang mengambil Yahudi masuk sehingga kami mampu hidup, jadi kami harus menunjukkan rasa syukur kepada mereka ini.

“Apa sahaja yang mereka lakukan adalah bercanggah sama sekali dengan agama Yahudi. Dan itulah sebabnya kamu boleh dapati bahawa orang Yahudi telah berdemonstrasi selama 76 tahun di jalan-jalan Baitulmaqdis, mereka dipukul dengan kejam, ditangkap dan dibunuh dan tiada siapa yang bercakap tentang itu,” kata Yisroel.

Terdahulu di dalam ucapannya, Rabbi itu menjelaskan posisi orang Yahudi yang tidak sepatutnya menubuhkan sebuah negara dengan memetik pelbagai rujukan dalam kitab Torah (Old Testament).

Beliau berkata pengusiran warga Yahudi di tanah suci itu berlaku 2,000 tahun dahulu bukan atas dasar tiada kelengkapan senjata atau Amerika tidak memberikan sumbangan mereka, tetapi ia adalah disebabkan dosa-dosa mereka sendiri.

Yisroel menegaskan Yahudi yang jujur kepada agamanya mengungkapkan dalam doa upacara mereka bahawa “oleh kerana dosa, maka kami dalam pengusiran” dan pengusiran itu menyebabkan orang Yahudi tidak dibenarkan kembali ke tanah suci itu secara besar-besaran sebagai bangsa yang menguasainya dan perkara itu merupakan sumpah perjanjian antara mereka dengan tuhan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending