Komuniti
Mi segera berperisa babi diberikan kepada penderma darah Muslim
“Laporan berkenaan mengenai sebahagian daripada penderma darah menerima bungkusan cenderahati mengandungi mi segera dipercayai berperisa daging babi cincang.

- Mi segera dipercayai berperisa babi cincang diberikan kepada penderma darah muslim sebagai cenderahati.
- Program itu dianjurkan NGO dan Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat.
- Kementerian Kesihatan membuat laporan polis.
- Beberapa individu terkait telah dipanggil dan rampasan dilakukan bagi membantu siasatan.
PETALING JAYA: Pemberian mi segera berperisa daging babi cincang dalam program derma darah di sebuah pusat beli belah di Batu Pahat, membawa kepada satu laporan polis dibuat pihak Kementerian Kesihatan, hari ini.
Ketua Polis Batu Pahat Ismail Dollah, berkata pada 11.38 pagi tadi, pihak polis menerima satu laporan dibuat pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai perkara berkenaan susulan daripada program derma darah itu yang berlangsung semalam.
“Laporan berkenaan mengenai sebahagian daripada penderma darah menerima bungkusan cenderahati mengandungi mi segera dipercayai berperisa daging babi cincang.
“Siasatan awal mendapati, satu program derma darah anjuran bersama sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat diadakan di sebuah pusat membeli-belah di sini semalam,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Ismail berkata, selepas selesai menderma darah, penderma darah menerima bungkusan cenderahati daripada NGO berkenaan.
“Sebahagian penerima adalah beragama Islam mendapati di dalam beg berkenaan terdapat mi segera dipercayai berperisa daging babi cincang.
“Susulan kejadian berkenaan, pihak polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menubuhkan satu pasukan untuk menjalankan siasatan lanjut berkaitan dengan kejadian terbabit,” katanya.
Katanya, beberapa individu yang terbabit telah dipanggil dan beberapa rampasan turut dilakukan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 298A/504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara ataupun denda atau kedua-duanya.
Sumber: Free Malaysia Today
