Connect with us

Teknologi

Satelit baru: Capaian internet 10 kali ganda pantas

Pelancaran Satelit Measat-3d pada pagi Khamis membolehkan Measat meningkatkan kapasiti jalur lebarnya sebanyak 10 kali ganda iaitu daripada 3Gbps kepada 30Gbps.

Wartawan TMT

Published

on

Satelit baru - Measat 3D
Foto: Bernama

KUALA LUMPUR – Pelancaran Satelit Measat-3d pada pagi Khamis membolehkan Measat meningkatkan kapasiti jalur lebarnya sebanyak 10 kali ganda iaitu daripada 3Gbps kepada 30Gbps.

Ia disasarkan untuk mengisi kelompangan jalur lebar di kawasan yang mempunyai sambungan darat terhad atau tiada, sekaligus dapat memberi kemudahan akses internet kepada populasi terpinggir.

Ahli Lembaga Pengarah Astro Malaysia Holdings, Mazita Mokty berkata, ketersediaan internet berkelajuan tinggi yang dipertingkatkan daripada kelajuan muat turun 30 Mbps kepada 100 Mbps, membolehkan pengguna menstrim kandungan tinggi data seperti video 4K dan 8K.

Jelasnya, satelit yang dianggarkan mempunyai jangka hayat sebanyak 18 tahun ini juga akan menjadi pelengkap kepada Satelit Measat-3a dan 3b di mana ianya terletak bersama di hotslot orbit 91.5°Timur.

Satelit Measat-3d itu berjaya dilancarkan ke orbit pada jam 5.50 pagi dari European Spaceport di Kourou, French Guiana, Amerika Syarikat.

Satelit kelapan Measat dan tercanggih itu dibawa menggunakan roket Ariane-5 ECA.

Pelancaran satelit ini disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Khamis.

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Meta lancarkan Ray-Ban Baharu ‘Cermin Mata Pintar Meta’

Meta Connect dengan kerjasama EssilorLuxottica pada 27 September lalu melancarkan koleksi cermin mata pintar Ray-Ban Meta generasi baharu.

A.R. Khan

Published

on

Meta lancarkan Ray-Ban Baharu ‘Cermin Mata Pintar Meta’
Foto: Cermin Mata Pintar Ray-Ban Meta.

Meta Connect dengan kerjasama EssilorLuxottica pada 27 September lalu melancarkan koleksi cermin mata pintar Ray-Ban Meta generasi baharu.

Reka bentuk cermin mata pintar itu diberikan penambahbaikan yang jauh lebih baik berbanding keluaran generasi pertamanya dengan ciri-ciri yang tiada pada mana-mana cermin mata pintar sebelum ini. 

Cermin mata pintar itu bakal membebaskan tangan pengguna dari gangguan perlu memegang kamera tangan, membolehkan rakaman foto atau klip video dari sisi unik pengguna itu sendiri.

Selain itu cermin mata pintar itu juga membolehkan pengguna strim secara langsung dari cermin mata mereka ke Facebook atau Instagram. 

Pembesar suara serba baharu yang direka khas dengan bass lanjutan serta suara maksimum lebih tinggi dan ciri-ciri audio terarah yang membantu pengurangan kebocoran audio semasa menerima panggilan, mendengar muzik serta podcast walaupun dalam persekitaran yang bising atau berangin. 

Bagi kemudahan rakaman video, susunan lima mikrofon rekaan baharu diberikan untuk rakaman lebih baik, serta tangkapan bunyi lebih tepat seperti pengalaman asal pengguna, sama ada dari hadapan, dari sisi, belakang, malah di arah atas.

Kamera ultra lebar 12 MP baharu dengan kualiti yang dipertingkatkan untuk foto dan video rakaman 1080p sehingga 60 saat, selain ciri-ciri foto boleh dikongsi secara terus kepada rakan dan keluarga dari cermin mata pintar itu dengan arahan suara “hantar foto”.

 Meta lancarkan Ray-Ban Baharu ‘Cermin Mata Pintar Meta’

 

Ia bakal dilancarkan dengan harga $299 USD (RM1,410) dengan pembelian pra-tempahan kini boleh dilakukan di meta.com dan ray-ban.com.

Pembelian terus secara atas talian dan kedai fizikal pula akan bermula 17 Oktober depan di 15 negara, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan seluruh Eropah.

Sumber: Meta

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending