Connect with us

Ekonomi

50,000 kontraktor Melayu jatuh bankrap

Hampir 50,000 kontraktor Melayu terpaksa gulung tikar kerana tidak dapat memperbaharui lesen atas pelbagai faktor terutama akibat terkesan dengan kenaikan ketara harga bahan binaan sejak 2018.

Wartawan TMT

Published

on

Kontrak Melayu bankrap
Gambar sekadar hiasan.
  • Hampir 50,000 kontraktor Melayu gagal memperbaharui lesen akibat kenaikan harga bahan binaan dan tidak mempunyai baki akaun modal mencukupi.
  • Kontraktor kelas G1 hingga G4 terjejas akibat kurang projek susulan pandemik Covid-19.
  • Majoriti tidak mampu ceburi bidang lain kerana kurang modal dan terpaksa tanggung hutang bank.
  • Kerajaan digesa buat pemantauan berhubung peningkatan harga bahan binaan dan membantu selesaikan masalah dihadapi kontraktor Melayu.

KOTA BHARU – Hampir 50,000 kontraktor Melayu terpaksa gulung tikar kerana tidak dapat memperbaharui lesen atas pelbagai faktor terutama akibat terkesan dengan kenaikan ketara harga bahan binaan sejak 2018.

Timbalan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz berkata, kekurangan projek susulan situasi pandemik Covid-19 juga menjejaskan kebanyakan kontraktor daripada kelas G1 hingga G4.

“Antara faktor yang menyebabkan mereka tidak boleh memperbaharui lesen adalah kerana tidak mempunyai baki akaun modal yang mencukupi mengikut kelas kontraktor masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PKMM Negeri Kelantan kali ke-45 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Rosdi yang juga Yang Dipertua PKMM Kelantan berharap supaya kerajaan sentiasa melakukan pemantauan berhubung peningkatan harga bahan binaan serta membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi kontraktor Melayu ketika ini.

Beliau berkata rata-rata kontraktor ini tidak mampu menceburi bidang lain kerana kekurangan modal dan juga terpaksa menanggung hutang bank.

“Oleh itu, kita minta supaya kerajaan membuat pemantauan yang lebih kerap dan mengadakan perjumpaan dengan pihak pengeluar untuk melihat faktor sebenar berlaku peningkatan harga barang ini,” katanya. – Bernama/Sinar Harian

Author

Ekonomi

Anwar digesa beri tumpuan pulihkan ekonomi yang berdepan pertumbuhan sederhana

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa memberi tumpuan penuh kepada usaha untuk memulih dan merancakkan ekonomi negara.

Wartawan TMT

Published

on

Anwar digesa beri tumpuan pulihkan ekonomi yang berdepan pertumbuhan sederhana
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) dan Datuk Marzuki Mohamad (kanan).
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa memberi tumpuan penuh kepada usaha untuk memulih dan merancakkan ekonomi negara.
  • Bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri ke-8, Datuk Marzuki Mohamad berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berkembang sederhana kepada 2.9 peratus pada suku kedua 2023, menunjukkan indikasi ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya.
  • “Kerajaan perlu menyediakan satu peta arah tuju yang jelas bagaimana negara kita dapat keluar daripada kelembapan ekonomi dan masalah kos sara hidup yang sedang dihadapi oleh rakyat,” katanya di sini pada Selasa.
  • Jumaat lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa ekonomi Malaysia berkembang secara sederhana pada 2.9 peratus tahun ke tahun dalam suku kedua, berbanding 5.5 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2023.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa memberi tumpuan penuh kepada usaha untuk memulih dan merancakkan ekonomi negara.

Bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri ke-8, Datuk Marzuki Mohamad berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berkembang sederhana kepada 2.9 peratus pada suku kedua 2023, menunjukkan indikasi bahawa ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya.

Marzuki mendakwa, apa yang berlaku sekarang ini seolah-olah menunjukkan ekonomi negara gagal diurus dengan cekap oleh kepimpinan kerajaan hari ini.

“Kerajaan perlu menyediakan satu peta arah tuju yang jelas bagaimana negara kita dapat keluar daripada kelembapan ekonomi dan masalah kos sara hidup yang sedang dihadapi oleh rakyat,” katanya di sini pada Selasa.

Jumaat lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa ekonomi Malaysia berkembang secara sederhana pada 2.9 peratus tahun ke tahun dalam suku kedua, berbanding 5.5 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2023.

Gabenor BNM, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, berkata perkembangan sederhana pada suku kedua 2023 didorong oleh permintaan luaran yang lebih perlahan.

Mengulas lanjut, beliau berpandangan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) perlu lebih kerap mengadakan pertemuan pada setiap minggu, kerana ia disifatkan sebagai platform penting dalam membuat keputusan-keputusan utama mengenai hal ekonomi negara.

Advertisement

Marzuki berkata, menerusi langkah ini, sebarang permasalahan yang membantut pertumbuhan ekonomi dapat diatasi dengan segera, manakala kerajaan dengan sokongan pihak industri bertindak sebagai pemudah cara kepada pemulihan ekonomi.

“Semasa pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), MTEN yang dipengerusikan Perdana Menteri dan keanggotaanya termasuk menteri-menteri berkaitan ekonomi, Gabenor Bank Negara dan wakil-wakil industri bermesyuarat setiap minggu.

“Di sinilah indikator-indikator utama ekonomi dipantau dan keputusan-keputusan penting mengenai hala tuju ekonomi negara dibuat dan diambil tindakan segera oleh kerajaan,” tambah Marzuki.

Sumber: Astro Awani

Author

Advertisement
Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending