Connect with us

Terkini

Tiga mufti gesa haramkan orang Islam terlibat perkhidmatan arak

Tiga orang mufti di Malaysia sebulat suara menggesa dan mewajibkan kerajaan untuk mengharamkan penglibatan orang Islam dalam perkhidmatan minuman keras.

Hidayah Sani

Published

on

Tiga mufti gesa haramkan orang Islam
Foto: Dari kiri, Mufti Negeri Pulau Pinang, Dato’ Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Nor, Mufti Pahang, Dato’ Sri Dr. Hj. Abdul Rahman Hj. Osman, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.
  • Tiga orang mufti di Malaysia sebulat suara menggesa dan mewajibkan kerajaan untuk mengharamkan penglibatan orang Islam dalam perkhidmatan minuman keras.
  • Pendirian mereka berasaskan kepada pengharamannya secara mutlak menerusi firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah: 90 yang bermaksud; “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
  • “hendaklah kamu menjauhinya” merupakan arahan supaya jauhkan diri dari arak adalah lebih kuat daripada tegahan meminumnya.
  • Pekerja Muslim yang tidak mahu terlibat dalam mengendalikan arak sewaktu bekerja sepatutnya dipelihara haknya kerana ia manifestasi beragama berdasarkan dalil dalam ajaran Islam.
  • Kerajaan sepatutnya memberi keutamaan dalam perkara ini dan sekali gus merangka dasar selain melindungi hak-hak pekerja muslim.
  • Mufti Pulau Pinang,Datuk Seri Dr Wan Salim turut meluahkan rasa kesal kerana  hingga kini negara masih belum memiliki sebarang polisi atau undang-undang yang melarang majikan daripada mendiskriminasi hak pekerja muslim.

KUALA LUMPUR – Tiga orang mufti di Malaysia sebulat suara menggesa dan mewajibkan kerajaan untuk mengharamkan penglibatan orang Islam dalam perkhidmatan minuman keras.

Pandangan senada itu dikeluarkan Mufti Negeri Pulau Pinang, Dato’ Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Nor serta Mufti Pahang, Dato’ Sri Dr. Hj. Abdul Rahman Hj. Osman di mana ia dibangkitkan terlebih dahulu oleh Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin pada awal tahun ini.

Terdahulu, The Merdeka Times melaporkan Jabatan Mufti Perlis memohon Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) agar membuat polisi yang jelas bagi melarang mana-mana syarikat perniagaan atau perkhidmatan membabitkan pekerja muslim dalam urusan penjualan atau perkhidmatan arak.

Pendirian mereka berasaskan kepada pengharamannya secara mutlak menerusi firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah: 90 yang bermaksud;

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

Surat Mufti Pahang sokong gubal polisi arak

Menurut Mufti Pahang, “hendaklah kamu menjauhinya” merupakan arahan supaya jauhkan diri dari arak adalah lebih kuat daripada tegahan meminumnya. Hal ini kerana tegahan sahaja tidak termasuk tegahan lain yang berkaitan dengannya, seperti melayan seseorang minum, membeli atau menjualnya.

Sementara, arahan menjauhinya pula bermaksud, amaran supaya menjauhi segala perkara yang berkaitan dengan arak, termasuk minum dan sebagainya.

Menurut mereka, para pekerja Muslim yang tidak mahu terlibat dalam mengendalikan arak sewaktu bekerja sepatutnya dipelihara haknya kerana ia adalah sebuah manifestasi beragama berdasarkan dalil dalam ajaran Islam.

Surat Mufti Pulau Pinang tentang gubah polisi arak

Mufti Pulau Pinang,Datuk Seri Dr Wan Salim turut meluahkan rasa kesal kerana  hingga kini negara masih belum memiliki sebarang polisi atau undang-undang yang melarang majikan daripada mendiskriminasi hak pekerja muslim.

Tegas mereka, kerajaan sepatutnya memberi keutamaan dalam perkara ini dan sekali gus merangka dasar selain melindungi hak-hak pekerja muslim.

Author

Terkini

Polis tahan lelaki Israel, rampas enam pistol – Ketua Polis Negara

Pihak keselamatan menahan seorang lelaki warga Israel yang menggunakan pasport Perancis dan merampas enam pucuk pistol.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
  • Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata ketika disoal siasat polis suspek berusia 36 tahun itu yang menggunakan pasport Perancis memberitahu kedatangannya ke Malaysia bagi mencari seseorang untuk dibunuh.
  • “Pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Bukit Aman telah merampas enam pucuk senjata api di dalam beg di bilik hotel,” katanya dipetik Malaysiakini pada sidang akhbar di di sini, hari ini.
  • Polis juga mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek bermula 27 Mac lalu hingga 31 Mac depan, di mana kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Pasport dan Seksyen 7 Akta Senjata Api.
  • Ketika ditanya jika individu ditahan itu perisik Israel, Razarudin berkata siasatan pihaknya juga turut mengambil kira aspek berkenaan.

KUALA LUMPUR — Pihak keselamatan menahan seorang lelaki warga Israel yang menggunakan pasport Perancis dan merampas enam pucuk pistol.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata ketika disoal siasat polis suspek berusia 36 tahun itu memberitahu kedatangannya ke Malaysia bagi mencari seseorang untuk dibunuh.

“Pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Bukit Aman telah merampas enam pucuk senjata api di dalam beg di bilik hotel,” katanya dipetik Malaysiakini pada sidang akhbar di di sini, hari ini.

Beliau berkata suspek memasuki negara ini pada 12 Mac lalu menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Polis juga mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek bermula 27 Mac lalu hingga 31 Mac depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Pasport dan Seksyen 7 Akta Senjata Api.

“Dia (suspek) duduk di dua, tiga hotel sebelum ini. Apa yang membimbangkan di sini, isu di Palestin dan Israel.

“Kita juga waspada terutama keselamatan perdana menteri dan Yang di-Pertuan Agong dan pegawai-pegawai, orang kenamaan yang kita perlu ambil kira.

“Mungkin dia ada agenda lain yang dia datang sini bermula 12 Mac lalu sehingga tertangkap,” kata Razarudin.

Ketika ditanya jika individu ditahan itu perisik Israel, Razarudin berkata siasatan pihaknya juga turut mengambil kira aspek berkenaan.

“Kita siasat ke arah itu,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending