Connect with us

Antarabangsa

Lelaki musnah gereja Katolik Glasgow dipenjara 5 tahun 3 bulan, Polis sifatkannya sebagai ‘perbuatan jahat’

Seorang lelaki dipenjarakan selama lima tahun tiga bulan kerana memusnahkan sebuah gereja Katolik bersejarah di Glasgow.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lelaki musnah gereja Katolik Glasgow dipenjara 5 tahun 3 bulan, Polis sifatkannya sebagai 'perbuatan jahat'
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ryan Haggerty, 25, dijatuhkan hukuman penjara lima tahun tiga bulan setelah mengaku bersalah atas tuduhan memusnahkan Gereja Roman Katolik St Simon.
  • Detektif Inspektor, Kenny McDonald menyifatkan jenayah Haggerty sebagai ‘perbuatan jahat’ kerana meremehkan sensitiviti penganut agama Katolik.
  • “Ia menyebabkan kesusahan kepada seluruh masyarakat dan saya berharap hukuman hari ini dapat membawa keadilan ketika mereka membina semula apa yang hilang dalam kebakaran,” katanya.
  • Lebih 30 anggota bomba dikerah untuk memadam kebakaran manakala penduduk berhampiran dipindahkan dari rumah mereka sebagai langkah berjaga-jaga.

SCOTLAND – Seorang lelaki dipenjarakan selama lima tahun tiga bulan kerana memusnahkan sebuah gereja Katolik bersejarah di Glasgow.

Ryan Haggerty, 25, dijatuhkan hukuman di Mahkamah Tinggi di Glasgow pada Jumaat setelah mengaku bersalah atas tuduhan sengaja menyalakan api dan membahayakan nyawa.

Detektif Inspektor, Kenny McDonald menyifatkan jenayah Haggerty sebagai ‘perbuatan jahat’ kerana meremehkan sensitiviti penganut agama Katolik.

“Ia menyebabkan kesusahan kepada seluruh masyarakat dan saya berharap hukuman hari ini dapat membawa keadilan ketika mereka membina semula apa yang hilang dalam kebakaran.

“Berkat kerja pegawai, rakan kongsi kami di Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Scotland dan bantuan masyarakat, kami dapat membawanya ke muka pengadilan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang membantu kami,” katanya seperti dipetik Irish Post.

Gereja Roman Katolik St Simon di Jalan Partick Bridge itu musnah sepenuhnya dalam serangan pada 28 Julai 2021 dan panggilan kecemasan dibuat sekitar pukul 2.50 pagi.

Lebih 30 anggota bomba dikerah untuk memadam kebakaran, manakala penduduk berhampiran dipindahkan dari rumah mereka sebagai langkah berjaga-jaga.

Gereja ini diasaskan pada tahun 1858 oleh paderi Ireland Fr Daniel Gallagher. 

Sejak 1945, ia telah berkhidmat kepada masyarakat Poland di Glasgow dan dikenali sebagai Gereja Poland.

Sumber: Irish Post

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *