Connect with us

Antarabangsa

50 peratus pelajar Muslim beralih ke kolej swasta ekoran larangan berhijab

50 peratus pelajar Muslim di Karnataka keluar daripada kolej kerajaan dan beralih kepada kolej swasta susulan larangan berhijab oleh kerajaan Karnataka.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

50 peratus pelajar Muslim beralih ke kolej swasta ekoran larangan berhijab
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kajian menunjukkan hanya 91 pelajar Muslim perempuan  mendaftar kolej kerajaan di Karnataka, India, pada tahun ini berbanding 178 pada tahun  2021-22. Malah, bilangan pelajar lelaki Islam mendaftar di sekolah kerajaan turut menurun kepada 100 daripada 210.
  • Menurut pentadbir Kumpulan Pendidikan Salihath, “Pendaftaran gadis Islam di kolej persendirian kami meningkat dua kali ganda buat kali pertama. Ini bukti isu tudung sebenarnya beri kesan secara peribadi dan akademik”.
  • Pengetua Kolej PU AI Ihsan, Habeeb Rahman berkata, kanak-kanak lelaki turut dalam trend sebab ibu bapa mahu mereka menjauhkan diri daripada pergolakan hijab dan anak mereka memberi tumpuan pendidikan dan displin di koleh PU swasta tahun ini.

KARNATAKA – 50 peratus pelajar Muslim di Karnataka keluar daripada kolej kerajaan dan beralih kepada kolej swasta susulan larangan berhijab oleh kerajaan Karnataka.

Lapor sebuah portal antarabangsa, berdasarkan kajian daripada Indian Express, jumlah pelajar Islam yang mendaftar di kolej Kerajaan mengalami penurunan kepada 186 bagi tahun akademik 2022-23 daripada 388 pelajar pada 2021-22.

Kajian itu juga menunjukkan, hanya 91 pelajar Muslim perempuan yang mendaftar di kolej kerajaan pada tahun akademik ini berbanding 178 pada tahun akademik 2021-22.

Malah, bilangan pelajar lelaki Islam yang mendaftar di sekolah kerajaan turut menurun kepada 100 daripada 210.

Menurut pentadbir Kumpulan Pendidikan Salihath, “Pendaftaran gadis Islam di kolej persendirian tanpa bantuan (PU) kami telah meningkat hampir dua kali ganda buat kali pertama. Ini adalah bukti bagaimana isu tudung sebenarnya memberi kesan kepada mereka secara peribadi dan akademik”.

Sementara itu, Pengetua Kolej PU Al Ihsan, Habeeb Rahman, “Kanak-kanak lelaki turut dalam trend yang sama berkemungkinan disebabkan ibu bapa mahukan mereka menjauhkan diri daripada sebarang pergolakan mengenai hijab. Memandangkan perhubungan dan perpolitikan hijab di kolej PU Kerajaan di Udupi, ibu bapa mungkin telah memutuskan untuk mereka memberi tumpuan kepada pendidikan dan disiplin di kolej PU swasta pada tahun akademik ini”.

Oktober tahun lalu, Mahkamah Agung India kekal dengan keputusan untuk mengharamkan pemakaian hijab di sekolah dan kolej di negeri Karnataka.

Larangan berhijab itu yang bermula sejak Februari tahun sama telah mencetuskan bantahan meluas dalam kalangan pelajar dan masyarakat Islam diikuti kecaman daripada warga global.

Sumber: Samudera

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *