Connect with us

Terkini

Ramasamy persoal prinsip DAP: Konsisten tolak Najib, mengapa terima Anwar?

Published

on

Foto: Pengerusi Parti Hak Rakyat Malaysia (URIMAI), Prof. Dr. P. Ramasamy.
  • Pengerusi Parti Hak Rakyat Malaysia (URIMAI), Prof. Dr. P. Ramasamy, Pengerusi URIMAI mempersoalkan mengapa DAP konsisten menolak Najib tetapi sanggup bekerjasama dengan Anwar, sedangkan kedua-duanya pernah disabitkan kesalahan dan menerima pengampunan diraja.
  • “Jika DAP benar-benar mempunyai pendirian yang berprinsip terhadap Najib, mengapakah parti itu membentuk kerajaan campuran dengan Anwar sebagai Perdana Menteri?”
  • “Apa sudah jadi dengan prinsip keramat DAP, iaitu ‘Malaysian Malaysia’, slogan politik yang suatu ketika dahulu sering dilaungkan untuk mempertahankan hak-hak golongan bukan Melayu?

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Hak Rakyat Malaysia (URIMAI), Prof. Dr. P. Ramasamy, sekali lagi melontarkan kritikan tajam terhadap DAP, kali ini mempersoalkan konsistensi prinsip parti itu dalam isu pengampunan diraja terhadap individu yang pernah disabitkan kesalahan.

Dalam kenyataan media pada 3 Julai lalu, Ramasamy, yang juga merupakan bekas Timbalan Pengerusi DAP, menyelar parti itu kerana dianggap mempunyai dua darjat dalam menangani isu pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ramasamy mempersoalkan pendirian DAP yang kononnya tidak akan berkompromi terhadap Najib, selaras dengan keputusan mahkamah dalam skandal 1MDB. 

Menurutnya, DAP tidak mempunyai kuasa untuk menentukan soal pengampunan diraja kerana ia adalah prerogatif Yang di-Pertuan Agong.

“Persoalan sebenar bukanlah sama ada Najib sepatutnya disabitkan kesalahan atau tidak, tetapi sama ada beliau wajar diberikan pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Jika DAP benar-benar mempunyai pendirian yang berprinsip terhadap Najib, mengapakah parti itu membentuk kerajaan campuran dengan Anwar sebagai Perdana Menteri?” tanya Ramasamy sambil mengingatkan bahawa Anwar sendiri pernah menerima pengampunan diraja untuk menjadi Perdana Menteri.

Beliau mempersoalkan mengapa DAP tidak menamatkan kerjasama dengan Anwar berdasarkan prinsip menolak individu yang pernah disabitkan kesalahan.

Ramasamy turut mengkritik DAP kerana didakwa telah lama mengorbankan prinsip asasnya, termasuk slogan keramat “Malaysian Malaysia” yang dahulunya lantang diperjuangkan untuk mempertahankan hak golongan bukan Melayu.

“Apa sudah jadi dengan prinsip keramat DAP, iaitu ‘Malaysian Malaysia’, slogan politik yang suatu ketika dahulu sering dilaungkan untuk mempertahankan hak-hak golongan bukan Melayu? 

“Adakah ia masih menjadi sebahagian daripada perlembagaan parti? Atau adakah ia telah dikorbankan demi mengejar kuasa, jawatan dan pelbagai keistimewaan?” soal Ramasamy.

Beliau juga mendakwa transformasi DAP daripada parti pembangkang yang lantang kepada parti pemerintah yang akomodatif berlaku dalam tempoh 18 tahun, mencerminkan perubahan asas ideologi dan material parti itu.

 DAP dilihat semakin mengabaikan ideologi democratic centralism, menggantikannya dengan konsep sosial demokrasi, dan “menyamarkan” gagasan “Malaysian Malaysia” kepada konsep “Malaysian Dream” yang kabur.

“Apa sudah jadi dengan prinsip keramat DAP, iaitu ‘Malaysian Malaysia’, slogan politik yang suatu ketika dahulu sering dilaungkan untuk mempertahankan hak-hak golongan bukan Melayu?

“Adakah ia masih menjadi sebahagian daripada perlembagaan parti? Atau adakah ia telah dikorbankan demi mengejar kuasa, jawatan dan pelbagai keistimewaan?” soal Ramasamy.

“Adakah DAP menentang pelaksanaan kuasa pengampunan diraja, sedangkan perkara itu langsung bukan berada dalam bidang kuasa parti tersebut?” soalnya lagi.

Ramasamy memberi amaran bahawa pengabaian ideologi ini telah menyebabkan hakisan sokongan dalam kalangan pengundi bukan Melayu, terutamanya masyarakat India dan Cina. Sokongan pengundi Cina terhadap DAP di Johor dilaporkan merosot kepada kurang 50 peratus berbanding sekitar 80 hingga 85 peratus sebelum ini.

Jika DAP boleh disingkirkan daripada peta pilihan raya di Sabah baru-baru ini, persoalannya ialah sama ada parti itu masih mampu mempertahankan kedudukannya di Semenanjung Malaysia, kata Ramasamy. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author