Connect with us

Terkini

Pembinaan Masjid Warisan di TRX diteruskan, Dakwaan cetus ketidakharmonian ditolak

Published

on

Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, projek berkenaan merupakan perancangan yang telah lama dirangka dan akan dilaksanakan bagi memperkukuhkan peranan masjid sebagai pusat keharmonian masyarakat.
  • Zulkifli berkata mana-mana pihak yang mempunyai kebimbangan atau persoalan berhubung pembinaan masjid tersebut boleh mendapatkan penjelasan lanjut daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

KUALA LUMPUR – Projek pembinaan Masjid Warisan yang dicadangkan di hadapan kawasan Tun Razak Exchange (TRX) akan diteruskan seperti yang dirancang meskipun terdapat gesaan daripada pihak tertentu supaya projek itu dibatalkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, projek berkenaan merupakan perancangan yang telah lama dirangka dan akan dilaksanakan bagi memperkukuhkan peranan masjid sebagai pusat keharmonian masyarakat.

“Kita akan teruskan kerana ia merupakan perancangan yang telah lama dibuat dan insya-Allah kita berharap dapat melaksanakannya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa laporan media memetik gesaan pihak tertentu yang mahu pembinaan Masjid Warisan dibatalkan atas alasan ia berpotensi menimbulkan ketidakharmonian sosial serta rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat.

Mengulas perkara itu, Zulkifli berkata mana-mana pihak yang mempunyai kebimbangan atau persoalan berhubung pembinaan masjid tersebut boleh mendapatkan penjelasan lanjut daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Beliau turut menegaskan bahawa kewujudan masjid di bandar-bandar utama dunia bukan sesuatu yang luar biasa, malah laungan azan sering menjadi sumber ketenangan kepada masyarakat.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author