Connect with us

Antarabangsa

Anggota polis kawal pemberian vaksin diserang kumpulan bersenjata di Pakistan

Lima anggota polis cedera apabila penyerang bersenjatakan senapang dan bom tangan menyerang hendap sebuah van polis yang ditugaskan mengawal pemberi vaksin polio di barat laut Pakistan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Anggota polis kawal pemberian vaksin diserang kumpulan bersenjata di Pakistan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lima anggota polis cedera apabila penyerang bersenjata senapang dan bom tangan menyerang hendap sebuah van polis ditugaskan mengawal pemberi vaksin polio di barat laut Pakistan.
  • Menurut ketua polis tempatan, Aman Ullah, pihak polis membalas tembakan selepas diserang berhampiran jambatan Dera Ismail Khan.
  • Ketua polis, yang serta konvoi ke tapak vaksinasi, berkata antara enam hingga lapan suspek pengganas menyerang hendap dan melepaskan tembakan serta membaling bom tangan ke arah van polis.
  • Setakat ini, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab, namun serangan terhadap pasukan polio dan polis yang melindungi mereka sering dilakukan atas dakwaan kempen vaksinasi adalah konspirasi Barat memandulkan kanak-kanak Islam.

PESHAWAR: Lima anggota polis cedera apabila penyerang bersenjatakan senapang dan bom tangan menyerang hendap sebuah van polis yang ditugaskan mengawal pemberi vaksin polio di barat laut Pakistan.

Menurut ketua polis tempatan, Aman Ullah, pihak polis membalas tembakan selepas diserang berhampiran jambatan Dera Ismail Khan, sebuah daerah di wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

Ketua polis, yang menyertai konvoi ke tapak vaksinasi berhampiran, berkata antara enam hingga lapan suspek pengganas menyerang hendap dan melepaskan tembakan serta membaling bom tangan ke arah van polis.

Setakat ini, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab, namun serangan terhadap pasukan polio dan polis yang melindungi mereka sering dilakukan atas dakwaan kempen vaksinasi adalah konspirasi Barat untuk memandulkan kanak-kanak Islam.

Kempen anti-polio terbaru bermula minggu ini di Pakistan adalah yang pertama pada 2023.

Jurucakap Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric, yang bercakap bagi pihak Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, berkata ini bukan kali pertama pekerja kesihatan dan pemberi vaksin polio diserang di Pakistan dan negara lain.

“Tiada kata-kata untuk menggambarkan kemelut ini, namun adalah sangat keji untuk menyasar dan menyerang orang dalam komuniti yang keluar dalam keadaan amat mencabar untuk cuba melindungi nyawa kanak-kanak dan bayi.

“Penyakit ini (polio) dapat dicegah dengan mudah tetapi salah faham dan ketaksuban terhadap teori konspirasi menyebabkan penyakit ini sukar dihapuskan kecuali di beberapa negara,” katanya.

Akhir November lalu, seorang pengebom berani mati Taliban meletupkan diri berhampiran trak yang membawa pegawai polis dalam perjalanan untuk melindungi pekerja polio di Quetta.

Seorang pegawai polis terbunuh, selain tiga ahli keluarga yang menaiki kereta bersebelahan trak berkenaan turut terkorban.

Taliban Pakistan bertanggungjawab terhadap serangan pada 30 November tahun lalu.

Sebulan sebelum itu, pada Oktober tahun lalu, lelaki bersenjata yang menunggang motosikal menembak dan membunuh seorang pegawai polis ditugaskan mengawal pasukan vaksin polio di wilayah Baluchistan.

Pakistan, bersama negara jiran Afghanistan, adalah antara negara di mana polio kekal sebagai endemik dan kerap kempen vaksinasi kerap dilakukan.

Sejak April tahun lalu, Pakistan mencatatkan 20 kes polio baharu, semuanya di barat laut, di mana ibu bapa sering enggan memberi vaksin kepada kanak-kanak.

Wabak itu menjadi tamparan kepada usaha kerajaan yang bertujuan membasmi penyakit berkenaan. – AP

Sumber: Berita Harian

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *