Connect with us

Antarabangsa

‘Tiada LGBT di Medan, kami anti-LGBT’ – Menantu Presiden Indonesia

Datuk Bandar Medan dikritik kerana menyifatkan bandar itu “bebas LGBT” dan memuntahkan kata-kata homofobia terhadap lelaki yang menghabiskan Malam Tahun Baharu untuk bermesra antara satu sama lain.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

‘Tiada LGBT di Medan, kami anti-LGBT’ - Menantu Presiden Indonesia
Foto: Bobby Nasution.
  • Bobby Nasution yang juga Datuk Badan Medan dikritik kerana menyifatkan bandar itu “bebas LGBT”.
  • “Saya melihat lelaki saling menyayangi. Itu tidak boleh diterima. Tiada LGBT di Medan, kami anti-LGBT,” katanya.
  • Bobby juga menyeru masyarakat Medan agar menerapkan adat ketimuran dalam diri dan melarang budaya hubungan sejenis.

INDONESIA – Datuk Bandar Medan dikritik kerana menyifatkan bandar itu “bebas LGBT” dan memuntahkan kata-kata homofobia terhadap lelaki yang menghabiskan Malam Tahun Baharu untuk bermesra antara satu sama lain.

Bobby Nasution yang juga menantu Presiden Joko Widodo berkata perkahwinan sejenis tidak sesuai dalam budaya Indonesia seperti dipetik MSN.

“Dalam perjalanan saya ke sini dari pejabat Datuk Bandar, saya melihat lelaki saling menyayangi. Itu tidak boleh diterima. Tiada LGBT di Medan, kami anti-LGBT,” katanya dalam video yang disiarkan di Twitter baru-baru ini.

Bobby juga menyeru masyarakat Medan agar menerapkan adat ketimuran dalam diri dan melarang budaya hubungan sejenis.

Katanya kepada Tribunnews bahawa ciapan di Twitter itu dibuat secara bergurau, namun penjelasan itu tidak menjejaskan Suruhanjaya Kebangsaan Hak Asasi Manusia.

“Tiada sesiapa pun harus didiskriminasi kerana kaum, agama, orientasi seksual dan faktor lain,” kata ketua badan pemerhati, Anis Hidayah dipetik Kompas TV.

Kenyataan Bobby itu juga menimbulkan kritikan di media sosial Indonesia, apabila warganet mendakwanya “nepotisme” dan melancarkan kempen diskriminasi terhadap minoriti seksual untuk meraih undi menjelang pilihan raya umum tahun depan.

Sumber: MSN

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *