Connect with us

Terkini

NGO Malaysia usul OIC, PBB gesa Israel keluar dari Baitulmaqdis

Badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia menentang sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel menceroboh Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitar masjid itu Selasa lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

NGO Malaysia usul OIC, PBB gesa Israel keluar dari Baitulmaqdis
Foto: Itamar Ben-Gvir.
  • Badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia menentang sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel ceroboh Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitar masjid itu Selasa lalu.
  • Pencerobohan terancang diketuai Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir dan tentera rejim Israel dilihat sebagai provokasi dan jelas melanggar status quo Baitulmaqdis dan Al-Haram Al-Sharif.
  • “Israel tidak sama sekali menghormati resolusi dunia mengenai status Masjid Al-Aqsa. Oleh itu dunia tidak boleh hanya kecam tapi perlu lakukan tindakan konkrit menekan regim zionis Israel supaya keluar dari wilayah Baitulmaqdis. – Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid
  • “Kami mendesak OIC tidak mendiamkan diri. Langkah konkrit untuk menghalang Israel mesti dilakukan. Kami juga menggesa umat Islam seluruh dunia menzahirkan bantahan keras dan bersedia jika Israel berani meneruskan pencabulan ke atas Masjid Al-Aqsa,” katanya.

KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia menentang sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel menceroboh Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitar masjid itu Selasa lalu.

Pencerobohan terancang diketuai Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir dan tentera rejim Israel dilihat sebagai provokasi dan jelas melanggar status quo Baitulmaqdis dan Al-Haram Al-Sharif.

Menurut kenyataan media bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Masjid Sedunia Mempertahankan Al-Aqsa (MANAR) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA), tindakan rejim Israel perlu dibantah dengan keras oleh komuniti dunia.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata mereka berpendirian bahawa tindakan regim Israel ini perlu mendapat reaksi seluruh umat Islam di dunia dan juga negara yang menyokong perjuangan Palestin.

“Israel tidak sama sekali menghormati resolusi dunia mengenai status Masjid Al-Aqsa. Oleh itu dunia tidak boleh hanya mengecam tetapi perlu melakukan tindakan konkrit menekan regim zionis Israel supaya keluar dari wilayah Baitulmaqdis.

Kami menyokong pendirian Malaysia yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar. Pendirian yang konsisten untuk menyokong Palestin sangat penting disuarakan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pandangan sama turut dinyatakan Pengerusi Masjid Sedunia Mempertahankan Al-aqsa (MANAR), Ahmad Awang dan Pengerusi Penyelidikan Shariah dan Undang-Undang Perniagaan Islam Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA), Abdul Ghani Samsudin.

Pada Selasa lalu, Itamar Ben-Gvir melawat kompleks Masjid Al-Aqsa, sehari selepas beliau mengumumkan untuk menangguhkan lawatan itu.

Palestin dan beberapa negara Arab menyifatkan lawatan berkenaan sebagai ‘provokasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini’ dan ‘pengisytiharan perang’.

Mohd Azmi berkata, pernyataan solidariti perlu disusuli dengan mengusulkan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan kenyataan untuk menuntut Israel keluar dari Baitulmaqdis.

Beliau berkata, provokasi itu sudah mencabar status quo Baitulmaqdis dan Al-Haram Al-Sharif dan tidak boleh dikompromi sama sekali.

“Justeru, kita yakin bahawa sokongan daripada seluruh umat Islam di dunia dan negara yang menyokong perjuangan Palestin, mampu menghalang tindakan lanjut Israel pada masa akan datang.

“Pencerobohan yang diketuai oleh Menteri Luar Israel menunjukkan regim zionis itu nekad untuk mengambil alih Masjid Al- Aqsa. Bererti ini bukan tindakan biasa. Regim Israel akan mengambil langkah selanjutnya untuk meneruskan penguasaannya ke atas Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa.

“Kami mendesak OIC tidak mendiamkan diri. Langkah konkrit untuk menghalang Israel mesti dilakukan. Kami juga menggesa umat Islam seluruh dunia menzahirkan bantahan keras dan bersedia jika Israel berani meneruskan pencabulan ke atas Masjid Al-Aqsa,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *