Connect with us

Terkini

Iran giat misi rondaan, buka permohonan permit lalui Selat Hormuz

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Misi rondaan digiatkan bagi memastikan keselamatan kapal-kapal yang sedang melalui selat itu dan menghentikan mana-mana kapal yang melanggar amaran dikeluarkan Pengawal Revolusi Iran.
  • Media Iran yag dipetik TRT melaporkan  sistem permohonan untuk laluan kapal melalui Selat Hormuz kini dibuka sepenuhnya bagi membolehkan pemilik kapal dan kapten dari seluruh dunia membuat permohonan pada bila-bila masa.

TEHRAN – Televisyen negara Iran menyiarkan rakaman yang menurutnya menunjukkan bot serangan pantas Pengawal Revolusi menjalankan rondaan rutin di Selat Hormuz.

Televisyen negara itu turut menambah bahawa misi rondaan tersebut adalah untuk memastikan keselamatan kapal-kapal yang sedang melalui selat itu.

Ia juga bagi menghentikan mana-mana kapal yang melanggar amaran yang dikeluarkan oleh Pengawal Revolusi Iran.

Media Iran yag dipetik TRT melaporkan pada hari Selasa  sistem permohonan untuk laluan kapal melalui Selat Hormuz kini dibuka sepenuhnya.

Ia bagi membolehkan pemilik kapal dan kapten dari seluruh dunia membuat permohonan pada bila-bila masa.

Pada hari  sama, Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) memaklumkan  24 buah kapal telah belayar melalui Selat Hormuz dalam tempoh 24 jam yang lalu dengan penyelarasan bersama pasukan mereka.

Menurut Jabatan Perhubungan Awam Tentera Laut IRGC, kapal-kapal tersebut melalui laluan perairan itu di bawah perlindungan pasukan tentera laut IRGC selepas memperoleh kebenaran terlebih dahulu. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author