Connect with us

Antarabangsa

Kanak-kanak perempuan diculik, dirogol sekumpulan lelaki India sebelum dibuang di kuil

Seorang gadis bawah umur didakwa diculik dan dirogol beramai-ramai oleh lima individu di Patna, India, demikian menurut seorang pegawai pada Selasa.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kanak-kanak perempuan diculik, dirogol sekumpulan lelaki India sebelum dibuang di kuil
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tertuduh dikenali sebagai Golu Kumar, Mukesh Kumar, Pramod Kumar, Sugriv Kumar, dan seorang pemandu roda tiga menculik gadis bawah umur Kelas 8 itu pada Isnin kira-kira jam 6.30 petang.
  • Kejadian itu berlaku di Patna, India, ketika mangsa pulang dari pusat bimbingan Ramanuj di mana sekumpulan lelaki itu membawanya ke kawasan Jalla berhampiran kuil Hanuman serta menahannya di dalam bilik dan menganiayanya.
  • Mangsa jatuh pengsan angkara serangan seksual kejam itu dan tertuduh membuang kanak-kanak malang itu berhampiran kuil Shani dan melarikan diri selepas melakukan jenayah itu. 

PATNA –  Seorang gadis bawah umur didakwa diculik dan dirogol beramai-ramai oleh lima individu di Patna, India, demikian menurut seorang pegawai pada Selasa.

Siasat Daily melaporkan pegawai itu sebagai berkata, tertuduh dikenali sebagai Golu Kumar, Mukesh Kumar, Pramod Kumar, Sugriv Kumar dan seorang pemandu roda tiga menculik gadis bawah umur Kelas 8 itu pada Isnin kira-kira jam 6.30 petang.

Kejadian berlaku, ketika mangsa pulang dari pusat bimbingan Ramanuj di mana kumpulan lelaki itu membawanya ke kawasan Jalla berhampiran kuil Hanuman serta menahannya di dalam bilik dan menganiayanya.

Mangsa jatuh pengsan angkara serangan seksual kejam itu dan tertuduh membuang kanak-kanak malang itu berhampiran kuil Shani dan melarikan diri selepas melakukan jenayah itu. 

Mangsa selepas sedar dari pengsan segera pulang ke rumah dan menceritakan pengalaman pahit itu kepada ibu bapanya.

Mangsa bersama ibu bapanya pergi ke balai polis Bypass dan membuat First Information Report (FIR) terhadap tertuduh.

Insiden kejam itu menimbulkan kemarahan orang ramai di kawasan itu yang menuntut tertuduh ditahan segera.

Polis berkata, setakat ini, seorang tertuduh iaitu pemandu kereta terbabit telah ditahan, manakala empat lagi masih diburu polis.

Sumber : Siasat Daily

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *