Connect with us

Antarabangsa

Polis Israel tembak mati lelaki autisme Palestin dinaikkan pangkat

Seorang pegawai polis Israel yang menembak mati Iyad al-Halak, warga Palestin autisme, di Baitulmaqdis Timur yang diduduki pada Mei 2020, dinaikkan pangkat minggu ini walaupun menghadapi kes mahkamah berhubung pembunuhan itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Polis Israel tembak mati lelaki autisme Palestin dinaikkan pangkat
Foto: Lukisan mural Iyad al-Halak.
  • Seorang pegawai polis Israel yang tembak mati Iyad al-Halak, warga Palestin autisme di Baitulmaqdis Timur dinaikkan pangkat minggu ini walaupun masih dalam kes mahkamah berhubung pembunuhan itu.
  • Pegawai itu, merupakan anggota polis sempadan dan namanya di bawah perintah tegahan (gag order), menembak Iyad mendakwa dia mengesyaki warga Palestin itu membawa senjata. Walhal, Iyad tidak bersenjata.
  • Media Israel melaporkan pegawai polis yang bunuh Iyad dinaikkan pangkat dan baru-baru ini laksanakan operasi sarjan di pangkalan untuk Polis Sempadan Israel di kawasan metropolitan Tel Aviv.

BAITULMAQDIS, 11 Jamadilakhir 1444H, Rabu – Seorang pegawai polis Israel yang menembak mati Iyad al-Halak, warga Palestin autisme, di Baitulmaqdis Timur yang diduduki pada Mei 2020, dinaikkan pangkat minggu ini walaupun menghadapi kes mahkamah berhubung pembunuhan itu.

Pegawai itu, yang juga anggota polis sempadan dan namanya di bawah perintah tegahan (gag order), menembak Iyad, 32, mendakwa dia mengesyaki warga Palestin itu membawa senjata. Walhal, Iyad tidak bersenjata.

Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu digesa memohon maaf kepada keluarganya dalam satu langkah yang jarang dilakukan oleh seorang pegawai Israel.

Terdahulu, media Israel melaporkan bahawa pegawai polis yang membunuh Iyad dinaikkan pangkat dan baru-baru ini melaksanakan operasi sarjan di pangkalan untuk Polis Sempadan Israel di kawasan metropolitan Tel Aviv.

Pegawai polis itu kini menghadapi kes di mahkamah daerah Baitulmaqdis atas tuduhan membunuh Iyad secara melulu, dan boleh dikenakan penjara sehingga 12 tahun jika sabit kesalahan.

Keluarga Iyad sebelum ini mengkritik penyiasatan pihak berkuasa Israel terhadap pembunuhannya dan meminta pertuduhan yang lebih berat.

Iyad memakai pelitup muka ketika dalam perjalanan ke sekolah untuk orang kurang upaya di Kota Lama Baitulmaqdis Timur yang diduduki apabila dia mula dikejar oleh pegawai polis Israel dan ditembak.

Pada November, pesuruhjaya polis Israel, Kobi Shabtau berkata, dia menyokong pegawai yang menembak Iyad.

“Adalah penting bagi saya untuk mengatakan bahawa kami adalah orang yang menghantar pejuang dalam misi itu, dan kami mempunyai tanggungjawab untuk berdiri di sisinya walaupun dalam keadaan ini,” katanya.

Pada Ogos 2021, keluarga Iyad mendakwa polis dengan sengaja ‘memusnahkan kamera’ yang mempunyai bukti pembunuhan.  

Siasatan terhadap tembakannya tergantung oleh kerana kekurangan bukti video, walaupun terdapat laporan bahawa kawasan di mana dia dibunuh mempunyai sekurang-kurangnya 10 kamera CCTV.

Penembakan Iyad pada tahun 2020 juga mendapat solidariti antarabangsa, kerana ia bertepatan dengan protes pembunuhan polis AS, terhadap George Floyd dan perarakan Black Lives Matter. – Agensi

Sumber: Ismaweb

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *