Connect with us

Terkini

Iran tandatangani perjanjian peluru berpandu rahsia AS$590 juta dengan Rusia

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Iran telah menandatangani satu perjanjian peluru berpandu rahsia bernilai sekitar AS$589 juta dengan Rusia bagi membina semula sistem pertahanan udaranya.
  • Di bawah perjanjian berkenaan, Rusia dijangka menghantar 500 unit pelancar mudah alih Verba dan 2,500 peluru berpandu jenis 9M336 kepada Iran dalam tempoh tiga tahun.
  • Bagaimanapun, beberapa sumber menyatakan bahawa sebahagian sistem mungkin telah dihantar kepada Iran lebih awal daripada jadual yang ditetapkan.

TEHRAN – Iran telah menandatangani satu perjanjian peluru berpandu rahsia bernilai sekitar AS$589 juta dengan Rusia bagi membina semula sistem pertahanan udaranya, menurut laporan Financial Times, lapor Anadolu yang dipetik Middle East Monitor.

Menurut maklumat yang diperoleh akhbar tersebut, perjanjian itu dimeterai antara Iran dan Rusia di Moscow pada Disember 2025.

Di bawah perjanjian berkenaan, Rusia dijangka menghantar 500 unit pelancar mudah alih Verba dan 2,500 peluru berpandu jenis 9M336 kepada Iran dalam tempoh tiga tahun.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, penghantaran peluru berpandu dirancang dilakukan dalam tiga fasa berasingan antara tahun 2027 hingga 2029.

Menurut laporan berkenaan, beberapa sumber menyatakan bahawa sebahagian sistem mungkin telah dihantar kepada Iran lebih awal daripada jadual yang ditetapkan.

Susulan serangan yang dilancarkan Israel dan Amerika Syarikat terhadap Iran pada Jun 2025 serta perang selama 12 hari yang berlaku selepas itu, pentadbiran Tehran dilaporkan secara rasmi meminta sistem pertahanan tersebut daripada Rusia pada Julai 2025.

Iran membuat permintaan itu bagi meningkatkan keupayaan pertahanannya dan melindungi kemudahan strategik susulan serangan berkenaan.

Verba dikenali sebagai antara sistem pertahanan udara paling moden milik Rusia. 

Sistem itu mampu digunakan secara berkesan untuk menangkis peluru berpandu serta kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) pada altitud rendah. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author