Connect with us

Terkini

Novel Melayu Darlingku Mr. Cold Mafia didakwa promosi ‘child grooming’, hanya fikir keuntungan?

Bukan satu hal mengejutkan apabila laman Twitter dan Facebook sejak beberapa hari lalu kecoh dengan isu novel lucah yang didakwa terdapat unsur child grooming dan pedofilia.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Novel Melayu Darlingku Mr. Cold Mafia didakwa promosi ‘child grooming’, hanya fikir keuntungan?
Foto: Novel Darlingku Mr. Cold Mafia.
  • Seorang pengguna Facebook yang juga penulis buku iaitu Husna Adnan, meluahkan kebimbangan apabila terdapat sebuah novel genre cinta terbitan Kaki Novel Sdn. Bhd yang berjudul Darlingku Mr. Cold Mafia nukilan penulis baru, Shadhia yang seolah ingin menaikkan unsur ‘grooming’ di dalam karyanya.
  • “Kaki Novel tak rasa bersalah terbitkan buku macam ini? Dan penulis hanya minta maaf dan janji “do better”? Macam mana dengan jualan? Boleh tarik balik dari pasaran atau nak fikir untung??
  • “Pun begitu, unsur keganasan s*ksual, soft p*rn, pedofilia, bukanlah adegan sesuai ditulis secara terperinci, dinormalisasi dan jadi sesuatu yang romantis. Entahlah. Tepuk dada, tanya iman. Jadi siapa mampu halang?”
  • Difahamkan penerbit memaklumkan mereka akan menghentikan penjualan novel itu di pasaran dengan serta-merta susulan isu tersebut menjadi tular dan menimbulkan keresahan dalam kalangan para pembaca.

KUALA LUMPUR – Bukan satu hal mengejutkan apabila laman Twitter dan Facebook sejak beberapa hari lalu kecoh dengan isu novel lucah yang didakwa terdapat unsur child grooming dan pedofilia.

Ini berikutan, isu novel yang mempromosikan ‘soft porn’ telah lama menghantui masyarakat kita khususnya golongan belia wanita namun malangnya sehingga kini belum ada sebarang tindakan yang benar-benar ampuh diambil.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook yang juga penulis buku iaitu Husna Adnan, meluahkan kebimbangan apabila terdapat sebuah novel genre cinta terbitan Kaki Novel Sdn. Bhd yang berjudul Darlingku Mr. Cold Mafia nukilan penulis baru, Shadhia yang seolah ingin menaikkan unsur ‘grooming’ di dalam karyanya.

“Baru balik dari Twitter. Sana sedang hangat isu novel lucah yang dikatakan ada unsur grooming. Penulis perempuan.

“Kaki Novel tak rasa bersalah terbitkan buku macam ini? Dan penulis hanya minta maaf dan janji “do better”? Macam mana dengan jualan? Boleh tarik balik dari pasaran atau nak fikir untung??

“Di kedai S saja sudah terjual 5.2 ribu. Main gila! Kalau ada buku ini di rak anak-anak, tolong bakar. Yang dah terbeli untuk diri sendiri, pun bakar,” kata Husna dalam hantaran di Facebook, pada Isnin.

Husna dalam hantaran sama, turut memuat naik beberapa tangkapan layar yang menyatakan bahawa penulis buku tersebut merupakan seorang pelajar jurusan Dakwah dan Kepimpinan yang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Tangkapan layar itu juga menyenaraikan beberapa petikan dialog difahamkan daripada novel tersebut.

Antara petikan dialog itu adalah;

Muka surat 193 – “”tapi aku rasa nak r***I kau je sekarang. Itu sebab aku nak cepat-cepat nikah dengan kau. Boleh aku r***I kau selalu.”

Muka surat 326 – “Baring! Kalau tak baring, aku r***l kau kat sofa ini.”

“Rogol?Ada istilah r***l dalam perkahwinan sah antara suami dan isteri?

Muka surat 399 – “Kalau kau nak kena r***l* dengan aku, kau buat la.”

 “Kena r***l dengan biy?Awww takutnya kita. Hari-hari pun saya mau.”

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Husna Adnan.

Apa menakutkan apabila terdapat tangkapan layar lain yang Husna kongsikan mendakwa bahawa hero dalam novel tersebut berumur 19 tahun namun jatuh cinta kepada heroine berumur 10 tahun.

“Sekali lagi saya ulang, nak beli, nak baca, nak suka, bukan kudrat saya nak halang. Lagipun saya kongsi sisi jijik novel ini. Jika masih nak baca, dosa peribadi anda bukan masalah saya.

“Saya letak di Facebook kerana ramai ibu bapa di sini. Penerbit tidak letak label “Pembaca Matang” atau “18 tahun ke atas” menjadikan buku ini dibeli oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka, anak-anak beli sendiri, malah buku ini dikatakan ada di rak perpustakaan sekolah!

“Pun begitu, unsur keganasan s*ksual, soft p*rn, pedofilia, bukanlah adegan sesuai ditulis secara terperinci, dinormalisasi dan jadi sesuatu yang romantis. Entahlah. Tepuk dada, tanya iman. Jadi siapa mampu halang?

“Ibu bapa, guru, orang dewasa seperti kita. Halang yang dalam gapaian kita, selagi anak-anak itu bawah umur, tanggungjawab kita menjaganya,” kata Husna yang juga merupakan bekas editor PTS.

Dalam pada itu, rata-rata netizen berpandangan karya sebegitu adalah hasil daripada tangkap muat penerbit yang diambil daripada platform Wattpad kerana melihat karya itu mendapat banyak tanda suka.

“Banyak novel macam ini di pasaran. Yang mendukacitakan ialah penerbit ternama, terkenal dan dah lama menapak dalam industri buku yang bagi peluang. Belum lagi buku sebegini diterbitkan sendiri oleh penulis. 

“Dan belum lagi e-novel yang makin banyak dalam dunia buku sekarang ni. Menonjolkan babak kelucahan melampau dengan anggapan sweet ni dah macam satu budaya dalam penulis baharu sejak dasawarsa ini,” komen seorang pengguna Facebook, Engku Muzahadin di hantaran itu.

Pada masa sama, kebanyakan netizen mengakui permasalahan ini bukanlah satu isu baharu sebaliknya ia sudah lama bertapak dalam dunia penulisan ini, cuma yang membezakan aras bahasa penulis dahulu lebih ‘sopan’ berbanding hari ini.

Berikutan itu, netizen menyeru Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menarik semula buku tersebut dari pasaran.

Terbaharu, syarikat terbitan karya itu memaklumkan bahawa mereka akan menghentikan penjualan novel tersebut di pasaran dengan serta-merta susulan isu tersebut menjadi tular dan menimbulkan keresahan dalam kalangan para pembaca.

Foto: Kenyataan media Kaki Novel.

Bagaimanapun, Kaki Novel dalam kenyataan itu berkata, mereka sedar akan ada pihak beranggapan tindakan itu tidak cukup namun untuk ketika ini itu adalah jalan penyelesaian terbaik yang dapat mereka berikan.

“Tetapi pada masa sama, izinkan kami menyampaikan sisi cerita kami kerana setiap syiling ada dua muka. Bukan kami hendak mempertahankan tetapi sekadar berkongsi untuk pemahaman umum.

“Pihak penulis tidak sekali-kali berniat hendak menaikkan unsur “rapist” di dalam karyanya tetapi pemilihan perkataan digunakan atas kapasiti perwatakan watak mafia yang diketengahkan. 

“Pihak penerbit tidak menjangka kekhilafan dalam penggunaan istilah itu membawa konteks pemahaman berbeza di luar sana. Kami ambil pengajaran ini dan tidak akan mengulanginya lagi. Kami akan lebih berhati-hati untuk suntingan di dalam novel-novel terbitan kami selepas ini.

“Untuk pengetahuan semua, pihak editor sebenarnya telah membuat suntingan dan pemurnian ke atas babak-babak yang tular itu dan menggantikan dengan istilah yang lebih sopan untuk cetakan baru novel inl.

“Perkara kedua, diuar-uarkan juga tentang novel ini yang dikaitkan dengan unsur ‘pedophile’. Lillahi taala, tidak ada sebarang elemen ‘child grooming’ di dalam karya ini seperti yang didakwa. 

“la adalah babak flashback hero dan heroin bertemu di waktu kecil dan bukanlah babak percintaan di antara dua insan yang menjalin perasaan,” kata syarikat penerbitan itu dalam satu kenyataan permohonan maaf terbuka, di Facebook hari ini. – The Merdeka Times

Sumber : Facebook Husna Adnan

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *