Antarabangsa
Candace Owens dakwa Yahudi kuasai perdagangan hamba
- Pengulas politik Amerika Syarikat, Candace Owens, menggesa penontonnya membaca sebuah buku yang didakwa anti-semitik abad ke-19 yang menurutnya orang Yahudi menguasai perdagangan hamba Atlantik dan mencetuskan konflik perkauman antara masyarakat kulit putih dan kulit hitam di Amerika Syarikat.
- “Saya menggalakkan kalian untuk membaca apa yang terkandung dalam Talmud itu supaya kamu tahu apa yang Ben fikirkan tentang kamu, kerana dia bukan sahaja membenci saya, dia juga membenci kamu, lelaki kulit putih. Dia membenci semua orang kulit hitam. Jika dia mengikuti peraturan Talmud, apabila saya mengatakan ‘benci’, maksud saya mereka menganggap kita sebagai haiwan, bahawa mereka berhak memiliki kita, bahawa mereka berhak memaksa kita menyembah mereka, bahawa mereka berhak berbohong kepada kita, bahawa mereka berhak menyaman kita dan mengambil segala yang kita miliki, dan bahawa mereka berhak menipu kita,”tegasnya.
WASHINGTON – Pengulas politik Amerika Syarikat, Candace Owens, menggesa penontonnya membaca sebuah buku yang didakwa anti-semitik abad ke-19 yang menurutnya orang Yahudi menguasai perdagangan hamba Atlantik dan mencetuskan konflik perkauman antara masyarakat kulit putih dan kulit hitam di Amerika Syarikat.
Kenyataan itu dibuat dalam rancangan YouTube miliknya yang disiarkan pada Sabtu lalu, yang turut memfokuskan kepada pertikaian berterusan Owens dengan pengulas konservatif terkenal dan pengasas bersama Daily Wire, Ben Shapiro.
Dalam episod berkenaan, Owens menyerang Shapiro berhubung pemecatannya daripada The Daily Wire pada 2024, yang dikaitkan dengan dakwaan anti-Semitisme serta ketegangan dengan pengurusan kanan syarikat itu.
Owens menuduh Shapiro mencuri tetamu temu bualnya, selain memimpin apa yang disifatkannya sebagai “penyalahgunaan undang-undang” dan gangguan berkaitan pertikaian kontrak.
“Anda tidak mempunyai nilai di luar Talmud. Anda menggambarkan diri sebagai seorang Yahudi Talmudik, dan saya telah mempelajari apa yang terkandung dalam Talmud itu,” kata Owens sambil memegang buku berkenaan.
Owens turut menyatakan bahawa orang Yahudi seperti Shapiro kononnya mempercayai diri mereka sebagai “penguasa kontrak” dan bahawa sesiapa yang melanggar kontrak akan “dihancurkan selama bertahun-tahun”.
Dalam satu kenyataan lain, Owens mengangkat senaskhah Der Talmudjude, sambil menggesa penontonnya mempelajari kandungan Talmud.
Beliau seterusnya mendakwa bahawa Shapiro bukan sahaja membencinya, malah membenci lelaki kulit putih dan masyarakat kulit hitam, serta orang Yahudi melihat kaum lain sebagai haiwan yang boleh ditipu, dieksploitasi dan dikuasai.
“Saya menggalakkan kalian untuk membaca apa yang terkandung dalam Talmud itu supaya kamu tahu apa yang Ben fikirkan tentang kamu, kerana dia bukan sahaja membenci saya, dia juga membenci kamu, lelaki kulit putih.
Dia membenci semua orang kulit hitam. Jika dia mengikuti peraturan Talmud, apabila saya mengatakan ‘benci’, maksud saya mereka menganggap kita sebagai haiwan, bahawa mereka berhak memiliki kita, bahawa mereka berhak memaksa kita menyembah mereka, bahawa mereka berhak berbohong kepada kita, bahawa mereka berhak menyaman kita dan mengambil segala yang kita miliki, dan bahawa mereka berhak menipu kita,”tegasnya. -The Merdeka Times