Terkini
Polis tahan 690 ‘bookie’ judi Piala Dunia 2022
Polis menahan 690 individu kerana disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian dan pertaruhan berkaitan kejohanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 sepanjang Op Saga IX yang bermula 19 Nov hingga Rabu lepas.
- Polis menahan 690 individu disyaki terlibat perjudian sepanjang Piala Dunia Qatar sepanjang Op Saga IX yang bermula 19 Nov hingga Rabu lepas.
- Setiausaha Polis Diraja Malaysia Datuk Noorsiah Saaduddin berkata kesemua tangkapan membabitkan ‘bookie’ atau ‘punter’, disiasat di bawah Akta Pertaruhan 1953 dan Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
- Menurutnya Selangor merekodkan jumlah tertinggi iaitu 179 individu, Kuala Lumpur (142), Johor (59), Negeri Sembilan (57), Sarawak (54), Pulau Pinang (43), Sabah (41), Kedah (32), Melaka (27), Pahang (18), Perak (17), Terengganu (11), Perlis (enam) dan Kelantan (empat).
- Ujarnya, PDRM berharap masyarakat dapat menyalurkan maklumat berkaitan perjudian yang berlaku di sekeliling mereka melalui hotline perjudian di talian 016-5773477.
KUALA LUMPUR: Polis menahan 690 individu kerana disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian dan pertaruhan berkaitan kejohanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 sepanjang Op Saga IX yang bermula 19 Nov hingga Rabu lepas.
Setiausaha Polis Diraja Malaysia Datuk Noorsiah Saaduddin berkata kesemua tangkapan membabitkan ‘bookie’ atau ‘punter’ dan disiasat di bawah Akta Pertaruhan 1953 dan Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Sepanjang tempoh sama, beliau berkata sebanyak 530 kertas siasatan dibuka dan daripada jumlah itu 202 kertas siasatan berjaya dituduh dengan 87 telah disabitkan dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah, manakala 328 kertas siasatan masih dalam tindakan.
Menurutnya Selangor merekodkan jumlah tertinggi tangkapan iaitu 179 individu diikuti Kuala Lumpur (142), Johor (59), Negeri Sembilan (57), Sarawak (54), Pulau Pinang (43), Sabah (41), Kedah (32), Melaka (27), Pahang (18), Perak (17), Terengganu (11), Perlis (enam) dan Kelantan (empat).
Beliau berkata hasil rampasan antaranya meliputi nilai had kredit dalam perisian sebanyak RM22.3 juta, wang tunai RM518,563, telefon bimbit (817), kad sim (386 keping), komputer (74) dan komputer riba (47).
“PDRM berharap masyarakat dapat menyalurkan maklumat berkaitan perjudian yang berlaku di sekeliling mereka melalui hotline perjudian di talian 016-5773477,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sumber : Harakah Daily