Antarabangsa
Piala Dunia 2022: Lebih 120 ditahan ekoran ‘keganasan perkauman’ di Perancis
Lebih 120 orang ditahan susulan “keganasan perkauman” di Paris dan beberapa bandar lain selepas Perancis memenangi perlawanan separuh akhir Piala Dunia FIFA 2022 dengan mengetepikan Maghribi pada Rabu.
- Lebih 120 orang ditahan susulan “keganasan perkauman” di Paris dan beberapa bandar lain selepas Perancis memenangi perlawanan separuh akhir Piala Dunia FIFA 2022 mengalahkan Maghribi pada Rabu.
- Kira-kira 10,000 pegawai polis dikerah di seluruh Perancis ekoran kebimbangan kemungkinan berlaku rusuhan termasuk 5,000 anggota di kota Paris dan kawasan sekitarnya.
- Penyokong Maghribi berdepan serangan lisan dan fizikal daripada beberapa kumpulan ketika meraikan kemenangan Perancis itu.
- Ahli Parlimen Perancis Thomas Portes mengutuk “serangan yang dirancang” dan “keganasan perkauman” itu.
PARIS: Lebih 120 orang ditahan susulan “keganasan perkauman” di Paris dan beberapa bandar lain selepas Perancis memenangi perlawanan separuh akhir Piala Dunia FIFA 2022 dengan mengetepikan Maghribi pada Rabu.
Kira-kira 10,000 pegawai polis dikerah di seluruh Perancis ekoran kebimbangan kemungkinan berlaku rusuhan termasuk 5,000 anggota ditempatkan di kota Paris dan kawasan sekitarnya, lapor Agensi Anadolu.
Penyokong Maghribi berdepan serangan secara lisan dan fizikal daripada beberapa kumpulan ketika meraikan kemenangan Perancis itu.
Sekurang-kurangnya 115 orang ditahan di kota Paris dan kawasan sekitarnya, lapor media tempatan.
Keganasan turut dilaporkan berlaku di bandar utama lain seperti Lyon, Nice dan Montpellier.
Ahli Parlimen Perancis Thomas Portes mengutuk “serangan yang dirancang” dan “keganasan perkauman” itu.
“Kita hampir dengan tragedi. Kita mesti bertindak,” tulisnya di Twitter.
Seorang lagi Ahli Parlimen Antoine Leaument berkata: “Tindakan bersifat perkauman adalah jenayah dan menyeru agar pelaku dihukum mengikut undang-undang Perancis.”-BERNAMA
Sumber: Astro Awani