Connect with us

Terkini

(VIDEO) Sistem pendidikan berasaskan sekularisme akar permasalahan isu buli – Pengasas SINAR

Published

on

Foto: Pengasas dan Mudir Sekolah Islam Nur Al-Azhar (SINAR), Rohidzir Rais

KUALA LUMPUR — Sistem pendidikan negara berasaskan kepada sekularisme dilihat menjadi akar kepada permasalahan isu penderaan dan buli yang berterusan berlaku di sekolah.

Pandangan itu disuarakan Pengasas dan Mudir Sekolah Islam Nur Al-Azhar (SINAR), Rohidzir Rais yang menegaskan bahawa apabila sesuatu permasalahan berlarutan sejak sekian lama, ia menandakan punca sebenar terletak pada sistem berkenaan sendiri.

Menurut beliau, sistem pendidikan hari ini lebih menekankan kepada pencapaian akademik semata-mata tanpa menyentuh aspek ketuhanan dan kerohanian.

Misalnya, dalam mata pelajaran seperti Sains dan Matematik, soal dosa dan pahala langsung tidak pernah disentuh atau dihubung kaitkan kedua-duanya.

Kita tak sebut tentang akhirat, ketuhanan dan sebagainya melainkan dalam bab Pendidikan Agama yang hanya 45 minit seminggu dua kali. Larat ke ustaz dan ustazah nak ajar semuanya kan? Jadi inilah punca ketakutan yang paling besar sekali.

“Kalau kita nak selesaikan isu penderaan ini, kita kena terus ke akar dia kerana mereka yang mendera atau mereka yang melakukan kesalahan dosa, kerana dari psikologinya dalam diri dia tidak ada sesuatu (kosong dengan nilai ketuhanan),” katanya dalam episod terbaru program Analisis Bersama Finaz Yunus yang disiarkan di Youtube The Merdeka Times sebentar tadi.

Jelasnya, apabila jiwa pelajar-pelajar ini kosong daripada nilai ketuhanan, pelbagai unsur negatif seperti hedonisme, pornografi dan sekularisme akan mudah meresap masuk sekali gus menyebabkan kehidupan mereka menjadi kucar-kacir.

Justeru, beliau melihat usaha menangani isu penderaan dan buli di sekolah tidak akan selesai dengan menyalahkan ibu bapa, pelajar, guru atau sekolah semata-mata, sebaliknya sistem pendidikan sedia ada perlu diperbaiki.

Pada 2024, media melaporkan sebanyak 5,703 kes buli direkodkan melibatkan murid sekolah berdasarkan data Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) setakat 31 Oktober tahun lalu.

Tahun ini, isu buli telah mendapat perhatian ramai susulan kematian seorang pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Zara Qairina Mahathir yang ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang selepas dipercayai jatuh dari tingkat tiga asrama sekolah.

Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai, selepas dimasukkan sehari sebelumnya. Sejak kejadian, pelbagai spekulasi dan teori tular di media sosial termasuk dakwaan membabitkan unsur jenayah dan buli. — The Merdeka Times

Daftarkan Anak Anda Sekarang! https://sinarazhari.com/

Facebook SINAR : https://www.facebook.com/sinarazhari
Tiktok SINAR : https://www.tiktok.com/@sinarazhari

Sebarang pertanyaan hubungi :

019-3459257 (Mudir – Ustaz Rohidzir Rais)
011-11789748 (Tim. Mudir – Dr. Akbar Sarif)

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author