Connect with us

Terkini

Klinik gigi pasang Jalur Gemilang terbalik diarah tutup 30 hari

Published

on

Foto: Sebuah premis pergigian swasta di Pusat Perdagangan Pontian diarahkan tutup selama 30 hari selepas didapati mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik.
  • Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian (MPPn), Abd Azim Shamsuddin, pemeriksaan mendapati premis berkenaan melanggar Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Perniagaan dan Perdagangan Majlis Daerah Pontian (MDP) 2019 di bawah berkaitan pengibaran bendera.
  • “Setiap premis yang dilesenkan di bawah UUK diwajibkan mengibar Jalur Gemilang atau bendera negeri Johor dengan cara dan kaedah betul bagi tempoh tertentu, termasuk sempena bulan kemerdekaan.
  • “Tindakan penutupan dibuat mengikut UUK 49 (2) yang memberi kuasa kepada Yang Dipertua menutup mana-mana premis yang melanggar syarat lesen,” katanya.

 

KUALA LUMPUR —  Sebuah premis pergigian swasta di Pusat Perdagangan Pontian yang mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik pada petang Rabu sehingga tular di media sosial diarahkan untuk tutup selama 30 hari.

Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian (MPPn), Abd Azim Shamsuddin, notis penutupan diserah kepada pemilik berkenaan pada jam 8.20 pagi tadi.

Jelas beliau, pemeriksaan mendapati premis berkenaan melanggar Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Perniagaan dan Perdagangan Majlis Daerah Pontian (MDP) 2019 di bawah berkaitan pengibaran bendera.

“Setiap premis yang dilesenkan di bawah UUK diwajibkan mengibar Jalur Gemilang atau bendera negeri Johor dengan cara dan kaedah betul bagi tempoh tertentu, termasuk sempena bulan kemerdekaan.

“Tindakan penutupan dibuat mengikut UUK 49 (2) yang memberi kuasa kepada Yang Dipertua menutup mana-mana premis yang melanggar syarat lesen,” katanya dipetik media tempatan hari ini.

Abd Azim berkata pemilik premis boleh mengemukakan rayuan bertulis dalam tempoh penutupan, namun keputusan lanjut tertakluk kepada budi bicara Yang Dipertua MPPn.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah video berdurasi 33 saat yang memaparkan bendera Malaysia dipasang secara terbalik di tingkat dua bangunan kedai tiga tingkat yang menempatkan klinik pergigian itu. Di sebelahnya pula adalah bendera Johor yang dipasang dengan betul.

Semalam, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata kejadian berkenaan berlaku disebabkan seorang pekerja wanita di klinik tersebut, tidak sengaja melakukan kesilapan ketika memasang Jalur Gemilang.

Selain itu, doktor gigi dan pekerja wanita terbabit juga dikatakan sudah diambil kenyataan oleh polis dan beberapa pihak serta NGO turut membuat laporan.— The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author