Connect with us

Terkini

Tabung Haji perlu tampil lebih telus dan terbuka urus isu penjenamaan semula

Published

on

Foto: Felo Penyelidik, Pusat Ekonomi Islam, UIAM, Profesor Madya Dr Muhammad Irwan Ariffin
  • Felo Penyelidik, Pusat Ekonomi Islam, UIAM, Profesor Madya Dr Muhammad Irwan Ariffin berkata TH perlu memberikan penjelasan tentang bagaimana proses perolehan dilakukan, pecahan kos, serta hasil yang disasarkan dengan pelaksanaan projek tersebut.
  • Tindakan itu katanya,  bagi memastikan masyarakat memahami bahawa projek tersebut bukan sekadar soal logo, tetapi strategi untuk memperkukuh tabiat menabung, meningkatkan kecekapan perkhidmatan, termasuk urusan digital, dan amanah TH dalam memelihara harta umat untuk tujuan ibadah Haji. 
  • Muhammad Irwan berkata dari perspektif ekonomi Islam dan tadbir urus awam, setiap institusi kewangan, termasuk Tabung Haji, perlu mendahulukan ketelusan (transparency) dan integriti dalam setiap keputusan perolehan, serta menjaga amanah dan maslahat umum.

 

KUALA LUMPUR — Lembaga Tabung Haji (TH) disarankan supaya tampil menangani isu berbangkit terkait projek penjenamaan semula institusi itu dengan lebih telus dan terbuka.

Felo Penyelidik, Pusat Ekonomi Islam, UIAM, Profesor Madya Dr Muhammad Irwan Ariffin berkata TH perlu memberikan penjelasan tentang bagaimana proses perolehan dilakukan, pecahan kos, serta hasil yang disasarkan dengan pelaksanaan projek tersebut.

Tindakan itu katanya,  bagi memastikan masyarakat memahami bahawa projek tersebut bukan sekadar soal logo, tetapi strategi untuk memperkukuh tabiat menabung, meningkatkan kecekapan perkhidmatan, termasuk urusan digital, dan amanah TH dalam memelihara harta umat untuk tujuan ibadah Haji. 

“Jika ada komunikasi berterusan dengan orang ramai, saya percaya keyakinan terhadap TH dapat dipertahankan dan persepsi negatif dapat dielakkan,” katanya kepada The Merdeka Times di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan berkenaan apakah langkah yang perlu diambil oleh pengurusan TH agar proses penjenamaan semula itu tidak menimbulkan sebarang persepsi negatif dalam kalangan umat Islam dan dilihat lebih telus susulan pelbagai persoalan dan dakwaan yang timbul ketika ini.

Antara persoalan dilihat sedang dibangkitkan segelintir pihak adalah apakah proses perolehan digunakan, syarikat mana yang mendapat kontrak, dan adakah kontrak itu diberikan melalui rundingan terus atau secara tender terbuka, serta dakwaan syarikat dilantik bagi proses penjenamaan tersebut adalah bukan syarikat muslim atau bumiputera.

Ia sekali gus menimbulkan tanda tanya berkenaan kewajaran syarikat bukan Islam diberikan tanggungjawab untuk ‘rebranding’ sebuah organisasi Islam dan apakah tiada syarikat Islam yang berkelayakan untuk melakukannya.

Mengulas lanjut, Muhammad Irwan berkata dari perspektif ekonomi Islam dan tadbir urus awam, setiap institusi kewangan, termasuk Tabung Haji, perlu mendahulukan ketelusan (transparency) dan integriti dalam setiap keputusan perolehan, serta menjaga amanah dan maslahat umum.

Secara umumnya, jelas beliau perolehan melalui tender terbuka adalah kaedah utama untuk memastikan persaingan yang adil, harga berpatutan, serta pemilihan vendor berdasarkan merit di mana ia sejajar dengan amalan tadbir urus baik dalam ekonomi Islam.

Sementara itu, kaedah rundingan terus (direct negotiation) hanya dibenarkan dalam situasi yang sangat khusus, misalnya apabila terdapat hanya satu pembekal yang berkelayakan, kepakaran unik pembekal, atau apabila keperluan adalah sangat mendesak.

“Jika digunakan tanpa justifikasi yang jelas, ia boleh menghakis keyakinan awam terhadap integriti dan keupayaan pengurusan TH.

“TH perlu tampil dengan penjelasan terbuka mengenai kaedah perolehan, skop kerja, kos dan KPI projek. Jika benar rundingan terus digunakan, ia mesti disokong justifikasi kukuh mengapa tender terbuka tidak dijalankan,” katanya. — The Merdeka Times

 

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author