Antarabangsa
Al-Quran rosak digantung depan masjid dalam serangan Islamofobia di Stockholm
Senaskah Al-Quran yang sudah musnah, dirantai dan digantung pada pagar besi berhampiran pintu masuk masjid di Stockholm dalam serangan Islamofobia, pada Jumaat lalu.
- Masjid itu pernah alami serangan Islamofobia sebelum ini seperti grafiti anti-Islam (lukisan ataupun kata-kata biasanya lucah, lucu) dan tulisan dilukis di pintunya.
- Perkongsian gambar dan maklumat kejadian itu bertujuan menarik perhatian orang ramai dan mengelakkan jenayah kebencian daripada dinormalisasikan di Stockholm.
STOCKHOLM – Senaskah Al-Quran yang sudah musnah, dirantai dan digantung pada pagar besi berhampiran pintu masuk masjid di Stockholm dalam serangan Islamofobia, pada Jumaat lalu.
Masjid Stockholm berkongsi imej itu dalam satu kenyataan di sini selain mendakwa jemaahnya sering menerima ancaman, lapor Anadolu Agency.
Masjid itu pernah mengalami serangan Islamofobia sebelum ini seperti grafiti anti-Islam (lukisan ataupun kata-kata biasanya lucah, lucu) dan tulisan yang dilukis di pintunya.
Kenyataan itu berkata perkongsian gambar dan maklumat mengenai kejadian itu untuk menarik perhatian orang ramai dan mengelakkan jenayah kebencian daripada dinormalisasikan.
Sumber : Anadolu Agency