Connect with us

Terkini

KKM terima lima laporan kematian berkemungkinan terkait penggunaan vape

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Jelas KKM, walaupun terdapat kes kematian melibatkan individu yang menggunakan rokok elektronik atau vape, hubungan secara langsung antara penggunaan vape dengan punca kematian tersebut sukar disahkan.
  • Ia kerana terdapat keterbatasan bukti klinikal yang ada serta faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada kematian tersebut.
  • “Kementerian Kesihatan kini memperkukuh sistem survelan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian yang dikaitkan dengan produk merokok,” katanya.
  • KKM berkata setakat Jun tahun ini juga, pihaknya telah menerima 83 laporan kes penyakit dikaitkan dengan penggunaan produk merokok, termasuk rokok elektronik atau vape.

KUALA LUMPUR — Kementerian Kesihatan (KKM) menerima lima laporan kematian yang berkemungkinan berkaitan dengan penggunaan rokok elektronik atau vape dari tahun 2019 hingga Jun 2025.

Jelas KKM, walaupun terdapat kes kematian melibatkan individu yang menggunakan rokok elektronik atau vape, hubungan secara langsung antara penggunaan vape dengan punca kematian tersebut sukar disahkan.

Ia kerana terdapat keterbatasan bukti klinikal yang ada serta faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada kematian tersebut.

“Kementerian Kesihatan kini memperkukuh sistem survelan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian yang dikaitkan dengan produk merokok.

“Usaha ini selari dengan pelaksanaan Seksyen 21, Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852], yang memberi kuasa kepada Menteri untuk melarang atau menyekat pengimportan, pengilangan, pengedaran atau penjualan produk merokok berdasarkan syor Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen tersebut,” katanya menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Dewan Rakyat.

Jawapan bertulis itu bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor yang meminta Menteri Kesihatan menyatakan jumlah kes kematian terkait aktiviti menghisap rokok elektronik dan vape.

Sementara itu, KKM berkata setakat Jun tahun ini juga, pihaknya telah menerima sebanyak 83 laporan kes penyakit yang dikaitkan dengan penggunaan produk merokok, termasuk rokok elektronik atau vape.

Daripada jumlah itu katanya, 44 kes  adalah melibatkan komplikasi serius yang memberi kesan kepada paru-paru, manakala 39 kes lagi melibatkan komplikasi kesihatan lain yang tidak melibatkan paru-paru secara langsung. — The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author