Connect with us

Terkini

Saksi pendakwaan perbicaraan Guan Eng diserang di rumah

Published

on

Foto: Seorang saksi utama dalam perbicaraan rasuah Lim Guan Eng telah diserang oleh sekumpulan 10 lelaki yang menceroboh rumahnya berhampiran Petaling Jaya.
  • “Salah seorang penyerang memberi amaran kepada mangsa supaya hanya duduk di rumah dan jangan bertindak sebagai wira,” kata sumber.
  • Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi media dan memaklumkan bahawa kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
  • Ketua Pendakwa Raya dalam kes rasuah Lim Guan Eng, Datuk Wan Shahruddin Wan Ladin berkata pihak pendakwaan akan membangkitkan insiden tersebut apabila perbicaraan bersambung pada 19 Ogos ini.

 

KUALA LUMPUR – Seorang saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan rasuah melibatkan Lim Guan Eng cedera selepas diserang sekumpulan 10 lelaki yang menceroboh rumahnya berhampiran Petaling Jaya, hari ini.

Menurut sumber yang rapat dengan perbicaraan itu, mangsa mengalami kecederaan di muka dan tangan akibat serangan tersebut.

Difahamkan, kumpulan penyerang terlebih dahulu mengikat dua pengawal keselamatan sebelum memaksa masuk ke dalam rumah mangsa.

“Salah seorang penyerang memberi amaran kepada mangsa supaya hanya duduk di rumah dan jangan bertindak sebagai wira,” kata sumber itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi media dan memaklumkan bahawa kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Sementara itu, menurut New Strait Times, Ketua Pendakwa Raya dalam kes Lim, Datuk Wan Shahruddin Wan Ladin berkata pihak pendakwaan akan membangkitkan insiden tersebut apabila perbicaraan bersambung pada 19 Ogos ini.

Lim, yang juga Penasihat DAP, sedang berdepan beberapa pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen berkaitan projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang.

Beliau didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu untuk meminta habuan daripada Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB), Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, bagi membantu syarikat tersebut mendapatkan projek berkenaan.

Lim turut dituduh meminta 10 peratus daripada keuntungan syarikat serta menerima RM3.3 juta untuk dirinya sendiri.

Selain itu, beliau didakwa menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan negeri dilupuskan kepada dua syarikat yang mempunyai kaitan dengan projek terbabit. -The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author