Connect with us

Antarabangsa

“Genosid berlaku kerana diamnya pemimpin Arab”– Abu Obaida

Published

on

Foto: Genosid yang berlaku di Gaza.
  • “Musuh tidak akan lakukan pembunuhan sebegini jika tidak kerana jaminan kekebalan, ‘diam’ yang dijanjikan, dan pengkhianatan yang dibeli,” sindir Abu Obaida .
  • Abu Obaida turut menegaskan bahawa tidak ada seorang pun yang terkecuali dari tanggungjawab menghentikan pertumpahan darah ini.
  • Abu Obaida turut berterima kasih kepada semua rakyat dunia yang menunjukkan solidariti kepada Palestin dan memuji tindakan Houthi Yaman sebagai saudara jujur yang membongkar pengecutnya pihak yang pasif.

 

GAZA — Jurucakap sayap bersenjata Hamas, Briged al-Qassam, Abu Obaida pada Jumaat mengkritik keras kepimpinan Arab yang menurutnya gagal bertindak mempertahankan rakyat Palestin.

Dalam kemunculan video pertamanya selepas lebih empat bulan, Abu Obaida dengan lantang menuduh pemimpin Arab sebagai pengkhianat yang membiarkan pembunuhan beramai-ramai berlaku tanpa halangan.

“Musuh tidak akan lakukan pembunuhan sebegini jika tidak kerana jaminan kekebalan, ‘diam’ yang dijanjikan, dan pengkhianatan yang dibeli,” sindir beliau.

Abu Obaida turut menegaskan bahawa tidak ada seorang pun yang terkecuali dari tanggungjawab menghentikan pertumpahan darah ini.

“Kami tidak memaafkan sesiapa pun. Setiap orang yang mampu bertindak, harus bertindak, menurut kemampuan dan pengaruh mereka,” katanya dengan penuh nada kesal.

Abu Obaida turut berterima kasih kepada semua rakyat dunia yang menunjukkan solidariti kepada Palestin dan memuji tindakan Houthi Yaman sebagai saudara jujur yang membongkar pengecutnya pihak yang pasif.

Dalam video tersebut, beliau juga mendedahkan bahawa Israel menolak tawaran untuk membebaskan semua tahanan sebagai pertukaran gencatan senjata menyeluruh.

Jelasnya, Hamas telah berulang kali menawarkan pembebasan semua tahanan Israel di Gaza, namun ditolak oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan kabinetnya.

“Penjenayah perang Netanyahu dan menterinya menolak apa yang kami usulkan. Jelas mereka tidak berminat dengan nasib askar mereka,” katanya sambil menuduh Tel Aviv sedang mempersiapkan rakyat Israel untuk kemungkinan semua tahanan akan mati.

Kenyataan itu dibuat ketika rundingan tidak langsung antara Israel dan Hamas disambung semula di Doha, Qatar, namun masih buntu.

Sumber rapat dengan rundingan memberitahu bahawa keluarga tahanan Israel telah menghubungi wakil Hamas bagi mendapatkan penjelasan lanjut, kerana mereka bimbang Netanyahu sengaja menggagalkan peluang mencapai perjanjian.

Menurut sumber, Hamas menegaskan keseriusannya untuk mencapai gencatan senjata kekal dan menyalahkan sikap “keras kepala” Israel yang terus mahu melanjutkan perang.

Dalam video itu, Abu Obaida turut mendedahkan bahawa pejuang Qassam telah melancarkan operasi “Stones of David” yang menyebabkan ratusan tentera Israel terbunuh atau cedera.

Media Israel mengesahkan sekurang-kurangnya 893 anggota tenteranya terkorban sejak serangan 7 Oktober 2023. -The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author