Antarabangsa
Wanita Muslim, dua anak kecil maut rumah dibakar jiran anti-Islam
Seorang lelaki di Britain didakwa sengaja membakar rumah jirannya yang beragama Islam sehingga mengorbankan isteri dan dua anak kecil jirannya itu.
- Jamie Barrow ditahan pada 20 November lalu kerana didakwa sengaja membakar kediaman jirannya yang beragama Islam di Nottingham.
- Isteri dan dua anak perempuan jirannya, masing-masing berusia setahun dan tiga tahun, terkorban akibat kebakaran itu.
- Jamie didakwa sebagai seorang rasis dan anti-Islam berdasarkan hantaran Facebooknya.
Seorang lelaki di Britain didakwa sengaja membakar rumah jirannya yang beragama Islam sehingga mengorbankan isteri dan dua anak kecil jirannya itu.
Memetik laporan Mirror, Jamie Barrow ditahan pada 20 November lalu selepas didakwa sengaja menyebabkan kebakaran di kediaman jirannya di Nottingham.
Akibatnya, dua orang anak perempuan jirannya iaitu Fatimah Drammeh dan Naeemah Drammeh, masing-masing berusia tiga tahun dan setahun, maut dalam kebakaran itu.
Ibu mereka pula, Fatoumatta Hydara, 28, meninggal dunia di hospital dua hari kemudian akibat terhidu asap.
Meninjau di ruangan Twitter, ada pihak mendakwa Jamie sebagai seorang yang rasis dan anti-Islam.
Jamie juga didakwa pernah membuat beberapa hantaran Facebook berbaur rasis dan anti-Islam.
Bagaimanapun, pihak polis tempatan menolak kemungkinan yang tindakan tertuduh itu berunsurkan kebencian agama atau rasis.
Dia kini menghadapi tiga pertuduhan membunuh di mahkamah dan akan dibicarakan semula pada Mei tahun hadapan.
Sumber: Mirror