Connect with us

Terkini

Pelajar meninggal dunia selepas terjun tingkat tiga didakwa dibuli senior

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Dakwaan itu dibuat pengguna media sosial, Marhamah Rosli menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis.
  • Marhamah menegaskan dalam apa jua keadaan sekalipun, tiada sesiapa yang berhak untuk menyakiti orang lain sama ada secara mental ataupun fizikal.
  • Pihak sekolah tidak menutup mulut atau mendiamkan kes tersebut, sebaliknya tampil bertanggungjawab dan mengambil tindakan.
  • Marhamah turut kongsi tangkap layar TikTok itu mengandungi luahan perasaan ibu atau bapa yang mengingatkan kepada mereka yang menyebabkan anaknya dalam keadaan itu bahawa pihaknya tidak akan memaafkan mereka selagi mana tiada permohonan maaf dilakukan dan kesalahan dilakukan diakui.

KUALA LUMPUR — Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu didakwa meninggal dunia selepas dipercayai terjun daripada tingkat tiga akibat dibuli oleh pelajar senior.

Dakwaan itu dibuat seorang pengguna media sosial, Marhamah Rosli menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis yang meluahkan rasa marah dan kecewa dengan insiden itu.

Marhamah turut menegaskan dalam apa jua keadaan sekalipun, tiada sesiapa yang berhak untuk menyakiti orang lain sama ada secara mental ataupun fizikal.

Justeru, beliau mendesak agar pihak sekolah tidak menutup mulut atau mendiamkan kes tersebut, sebaliknya tampil bertanggungjawab dan mengambil tindakan.

“Saya sangat mengharapkan kes-kes begini dipeduli.. JANGAN BIARKAN PEMBULI BERMAHARAJA LELA.. terasa macam mahu jumpa satu-satu PEMBULI ni…Apa kamu dapat buli budak? Siapa ada info lanjut?

“Harap mama bapa pembuli ni jangan backup anak-anak yang ada perangai begini ya

“JANGAN ENABLE BUDAYA BULI. PLEASE SAY NO TO BULI,” tegasnya yang turut menyertakan tangkap layar TikTok yang memaparkan seorang individu sedang terbaring difahamkan atas katil hospital dengan tulisan, “Terus kuat anakku”.

Tangkap layar TikTok itu turut mengandungi luahan perasaan ibu atau bapa yang mengingatkan kepada mereka yang menyebabkan anaknya dalam keadaan itu bahawa pihaknya tidak akan memaafkan mereka selagi mana tiada permohonan maaf dilakukan dan kesalahan dilakukan diakui.



Foto: Gambar tangkap layar TikTok dikongsikan Marhamah di Facebook-nya.

“Kepada pembenci-pembenci anak saya, mungkin kamu sudah berpuas hati melihat keadaan ini.

“Ingat, selagi kamu belum memohon maaf dan mengaku, saya juga tidak akan memaafkan kamu. Saya tahu nama-nama mereka yang selalu Z*** sebut..,”kata pemilik TikTok itu.

Perkongsian Marhamah itu turut mendapat perhatian bekas guru yang juga pempengaruh, Mohd Fadli Mohamed Salleh yang menegaskan bahawa sekiranya dakwaan wujud kes buli hingga menyebabkan kematian pelajar terbabit itu benar, beliau mendesak agar pembuli dikenakan hukuman berat.

Mohd Fadli berkata menurut sumber tidak rasmi beliau kejadian itu didapati berlaku di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sabah dan pelajar tersebut merupakan seorang anak tunggal.

“Allahu. Dengar kata ada seorang pelajar perempuan meninggal dunia terjun dari tingkat 3 akibat dibuli senior? Jika benar seperti yang didakwa, pembuli patut dikenakan hukuman berat. Satu nyawa hilang kerana tak tahan dibuli.

“Harap pihak keluarga fight untuk mendapatkan keadilan buat arwah,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.— The Merdeka Times
Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author