Connect with us

Terkini

Ubat HIV dan kondom dirampas, 20 lelaki ditahan dalam parti gay

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • 20 lelaki ditahan polis dalam satu serbuan ke atas acara makan-makan di sebuah rumah banglo di Jalan Kemumin, Kota Bharu, Kelantan yang dipercayai membabitkan kumpulan gay.
  • “Kita percaya pertemuan itu diadakan untuk hubungan terlarang berhubung penemuan kondom dan ubat HIV, namun aktiviti itu belum lagi dilakukan,” kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.
  • Hasil soal siasat 20 lelaki ditahan itu, mereka mengaku penghidap HIV dan sediakan perkhidmatan secara percuma kepada mereka berminat.
  • Tiga daripada 20 lelaki itu dituduh di mahkamah berikutan terdapat video hubungan terlarang lelaki sesama lelaki dalam telefon bimbit mereka.
  • Kesemua mereka sertai pertemuan itu orang Kelantan.

KUALA LUMPUR — Seramai 20 lelaki ditahan polis dalam satu serbuan ke atas acara makan-makan di sebuah rumah banglo di Jalan Kemumin, Kota Bharu, Kelantan yang dipercayai membabitkan kumpulan gay.

Serbuan dilakukan hasil risikan dan maklumat awam jam 1 pagi pada pertengahan bulan lalu itu turut membawa kepada rampasan ratusan kondom dan ubat HIV.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata pihaknya mendapat maklumat bahawa terdapat kumpulan gay menyewa sebuah banglo untuk acara makan-makan dan daripada hasil risikan didapati perjumpaan itu dihadiri hampir 100 orang.

“Namun ketika serbuan dilakukan sebahagian besar sudah pulang dan terdapat 20 lelaki ditahan. Kita turut merampas ubat HIV dan kondom.

“Kita percaya pertemuan itu diadakan untuk hubungan terlarang berhubung penemuan kondom dan ubat HIV, namun aktiviti itu belum lagi dilakukan,” katanya dipetik Harian Metro hari ini.

Tambah beliau, hasil soal siasat terhadap 20 lelaki ditahan itu, mereka mengaku sebagai penghidap HIV dan menyediakan perkhidmatan secara percuma kepada mereka yang berminat.

Jelasnya, daripada 20 lelaki berkenaan, tiga daripadanya berjaya dituduh di mahkamah berikutan terdapat video hubungan terlarang lelaki sesama lelaki dalam telefon bimbit mereka.

“Kesemua mereka yang menyertai pertemuan itu adalah orang Kelantan dan masing-masing mempunyai pekerjaan. Majlis pertemuan itu juga dimuat naik di media sosial untuk menarik lebih ramai peserta,” katanya.

Susulan itu juga pihaknya akan menjalankan risikan lanjut berhubung sejauh mana aktiviti tersebut berlaku di negeri berkenaan.

“Kita tidak tahu sejauh mana serius kes ini di Kelantan memandangkan ini adalah kes yang pertama. Namun kita akan pertingkatkan risikan lanjut bagi mengekang kegiatan itu,” katanya. — The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author