Connect with us

Terkini

Pengasas eHati ditahan selepas beri keterangan

Published

on

Foto: Pengasas bersama, eHati International Sdn Bhd (eHati), Diyana Tahir dan Rahim Shukor
  • Mengesahkan penahanan Diyana Tahir dan Rahim Shukor, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata beberapa tindakan akan diambil, termasuk serbuan dan tangkapan berhubung kes tersebut.
  • Peguam mereka, Datuk M Reza Hassan turut dilapor mengesahkan perkara itu dan memaklumkan anak guamnya ditahan mengikut Seksyen 294 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.

KUALA LUMPUR — Pengasas bersama, eHati International Sdn Bhd (eHati), Diyana Tahir dan Rahim Shukor dilapor ditahan polis hari ini selepas mereka memberi kenyataan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Mengesahkan penahanan pasangan itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata beberapa tindakan akan diambil, termasuk serbuan dan tangkapan berhubung kes tersebut.

“Untuk makluman, pengasas program terbabit bersama suaminya telah ditahan, maklumat lanjut akan menyusul selepas beberapa tindakan diambil,” katanya dipetik media tempatan hari ini.

Terdahulu, peguam mereka, Datuk M Reza Hassan turut dilapor mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa anak guamnya ditahan polis daerah Shah Alam mengikut Seksyen 294 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.

Perkembangan itu dilihat menyusul selepas pagi tadi pasangan terbabit tampil menjelaskan beberapa dakwaan yang tular di media sosial melibatkan kandungan program dan produk minuman Piya yang ditawarkan mereka, yang disifatkan sebagai tidak tepat dan berunsur fitnah.

Semalam, polis dilapor akan memanggil semua peserta yang hadir dalam penganjuran sebuah program motivasi rumah tangga yang didakwa tidak bermoral untuk merakam percakapan bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, seorang pengguna media sosial, Masyitah Ashari dilapor mendakwa berlaku aktiviti tidak bermoral dan bercanggah akidah Islam dalam sebuah program pembangunan kendiri dikenali sebagai eHati, yang diadakan di Pusat Konvensyen IDCC, Shah Alam pada 27 hingga 30 September 2024.

Dalam satu hantaran di Facebook, Masyitah mendakwa pengasas eHati, Diyana Tahir, telah muncul dalam keadaan tidak bertudung dan berpakaian seksi pada malam terakhir program, sebelum menanggalkan pakaiannya dan menari di hadapan peserta wanita, yang didakwa menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan mereka.— The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author