Connect with us

Antarabangsa

“Selagi keadaan di Gaza tidak diperbaiki, ertinya kita semua belum lakukan yang terbaik” – Ketua Dasar Luar EU

Published

on

Foto: Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Kaja Kallas
  • “Keadaan di Gaza masih sangat, sangat buruk. Selagi belum ada perubahan yang benar-benar ketara, maka itu bermaksud kita semua belum melakukan yang terbaik,” kata Kallas dalam kenyataannya sebelum mesyuarat Majlis Hal Ehwal Luar EU di Brussels pada Selasa.
  • Kenyataan Kallas mencerminkan tekanan yang semakin meningkat ke atas kuasa-kuasa dunia untuk mengambil tindakan lebih tegas dalam menangani krisis berterusan di Gaza.

 

BRUSSELS – Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Kaja Kallas memberi amaran bahawa jika keadaan di Gaza masih belum menunjukkan sebarang penambahbaikan, maka ia mencerminkan kegagalan kolektif pihak antarabangsa dalam menangani krisis kemanusiaan tersebut.

“Keadaan di Gaza masih sangat, sangat buruk. Selagi belum ada perubahan yang benar-benar ketara, maka itu bermaksud kita semua belum melakukan yang terbaik,” kata Kallas dalam kenyataannya sebelum mesyuarat Majlis Hal Ehwal Luar EU di Brussels pada Selasa.

Beliau menyifatkan situasi di lapangan sebagai “bencana” dan menegaskan bahawa ketiadaan gencatan senjata menyukarkan penyampaian bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin yang terjejas.

“Kami telah mencapai persefahaman bersama dengan Israel untuk benar-benar memperbaiki keadaan di lapangan. Namun, bukan hanya pada kertas, yang penting ialah pelaksanaan di lapangan. Kami melihat beberapa petanda positif,” tambahnya lagi.

Kenyataan Kallas mencerminkan tekanan yang semakin meningkat ke atas kuasa-kuasa dunia untuk mengambil tindakan lebih tegas dalam menangani krisis berterusan di Gaza, yang telah menyebabkan krisis kemanusiaan yang serius sejak beberapa bulan lalu. -The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author