Connect with us

Terkini

Perdana Menteri perlu kukuhkan segera larangan promosi propaganda LGBT – pensyarah

‘Undang-undang yang mengawal promosi propaganda LGBT harus diperkukuhkan segera.’ Kata Pensyarah Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar dalam hantaran di Facebook miliknya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Perdana Menteri perlu kukuhkan segera larangan promosi propaganda LGBT - pensyarah
Foto: Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar.
  • “Saya berharap kerajaan baru Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat mengorak langkah bagi menangani isu propaganda LGBT, sekurang-kurangnya diperingkat kanak-kanak. 
  • “Undang-undang yang mengawal promosi propaganda ini harus diperkukuhkan segera,” – Pensyarah Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar 
  • Kita perlu melihat bagaimana Qatar yang diserang dari pelbagai sudut namun tetap bertegas nilai-nilai LGBT adalah dari Barat bukannya nilai universal diterima dunia Islam.

KUALA LUMPUR – Undang-undang yang mengawal promosi propaganda LGBT harus diperkukuhkan segera.

Pensyarah Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar berharap kerajaan baharu yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat mengorak langkah menangani isu propaganda LGBT, sekurang-kurangnya di peringkat kanak-kanak. 

“Undang-undang yang mengawal promosi propaganda ini harus diperkukuhkan segera,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Dr Rafidah berkata Malaysia perlu melihat bagaimana negara tuan rumah Piala Dunia 2022, iaitu Qatar yang diserang dari pelbagai sudut, namun tetap bertegas nilai-nilai LGBT adalah dari Barat bukannya nilai universal diterima dunia Islam.

Beliau berkata senario itu sama seperti Rusia yang meluluskan bacaan ketiga dan terakhir undang-undang yang memperluaskan larangan sedia ada untuk mempromosikan ‘propaganda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)’ kepada kanak-kanak dengan mengharamkannya di semua peringkat umur.

“Sama seperti Rusia yang mengatakan mereka mempertahankan moral dalam menghadapi apa yang mereka pertikaikan sebagai nilai ‘bukan Russia’ yang dipromosikan oleh Barat,” katanya.

Dalam pada itu, di ruangan komen, rata-rata pengguna Facebook turut menyokong beliau dan mengharapkan agar ideologi sesat tersebut dapat dibasmi daripada bumi Malaysia.

Tangkap layar komen netizen di Facebook.

Sumber : Facebook Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *