Connect with us

Antarabangsa

Iran gantung 3 ejen Mossad, Lebih 700 ditahan didakwa bekerjasama dengan Israel

Published

on

Foto: Tiga lelaki yang dikenali sebagai Idris Ali, Azad Shojai dan Rasoul Ahmad Rasoul telah dijatuhi hukuman mati.
  • Media rasmi kerajaan Iran melaporkan bahawa penahanan besar-besaran itu berlaku selepas gencatan senjata dicapai antara Iran dan Israel, yang menamatkan hampir dua minggu peperangan sengit antara kedua-dua negara.
  • Agensi kehakiman Mizan melaporkan bahawa tiga lelaki yang dikenali sebagai Idris Ali, Azad Shojai dan Rasoul Ahmad Rasoul telah dijatuhi hukuman mati atas tuduhan menyeludup peralatan yang digunakan dalam pembunuhan seorang individu yang tidak dinamakan.

 

TEHRAN – Pihak berkuasa Iran mengesahkan telah menahan lebih 700 individu dalam tempoh 12 hari atas dakwaan mempunyai kaitan dengan Israel.

Manakala tiga individu yang didakwa sebagai ejen perisikan Mossad telah digantung sampai mati hari ini.

Media rasmi kerajaan Iran melaporkan bahawa penahanan besar-besaran itu berlaku selepas gencatan senjata dicapai antara Iran dan Israel, yang menamatkan hampir dua minggu peperangan sengit antara kedua-dua negara.

Menurut agensi berita Fars, sejak bermulanya serangan Israel pada 13 Jun lalu, rangkaian pengintip rejim Zionis sangat aktif di Iran.

Sebagai tindak balas, pihak keselamatan Iran memperhebatkan operasi untuk menangkap individu yang disyaki menjadi tali barut Israel.

Agensi kehakiman Mizan melaporkan bahawa tiga lelaki yang dikenali sebagai Idris Ali, Azad Shojai dan Rasoul Ahmad Rasoul telah dijatuhi hukuman mati atas tuduhan menyeludup peralatan yang digunakan dalam pembunuhan seorang individu yang tidak dinamakan.

Hukuman gantung terhadap mereka telah dilaksanakan pada pagi Rabu di bandar Urmia, berhampiran sempadan Turki.

Foto ketiga-tiga lelaki berkenaan dalam pakaian banduan biru turut disiarkan oleh pihak kehakiman.

“Mereka dituduh menjalankan kerjasama yang menguntungkan rejim Zionis,” menurut kenyataan rasmi dari pihak berkuasa kehakiman Iran.

Iran secara konsisten mengumumkan penahanan dan hukuman mati terhadap individu yang didakwa menjadi ejen kepada agensi perisikan asing, khususnya Mossad dari Israel, sebuah negara yang kerap disebut oleh Tehran sebagai musuh yang perlu dihapuskan.

Iran turut melaksanakan hukuman gantung terhadap beberapa lagi individu yang didakwa sebagai ejen Mossad pada hari Ahad dan Isnin lalu. -The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author