Connect with us

Terkini

SPRM akan kemuka rayuan terhadap keputusan mahkamah bebaskan Syed Saddiq

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki (kanan) & Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kiri)
  • Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki pada sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya hari ini.
  • “Saya dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) mengenai keputusan hari ini dan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan akan dibuat,” katanya dipetik BH.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan susulan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki pada sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya hari ini.

“Saya dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) mengenai keputusan hari ini dan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan akan dibuat,” katanya dipetik BH.

Sementara itu, Azam ketika ditanya sama ada beliau kecewa dengan keputusan hari ini selepas siasatan yang dilakukan pegawai penyiasatnya, beliau menjelaskan, perkara itu tidak berlaku.

“Saya tiada (isu) ‘personal’ dengan sesiapa… tiada rasa kecewa atau suka dalam kita menyiasat apa-apa kes,” katanya.

Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini melepas dan membebaskan Syed Saddiq daripada empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim sebulat suara memutuskan bekas menteri itu tidak bersalah, sekali gus menerima rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta yang diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November 2023.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Noorin Badaruddin berkata pertuduhan dihadapi Syed Saddiq tidak berasas dan pendakwaan gagal membuktikan kesalahan bersubahat walaupun pada peringkat kes prima facie. — The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author