Connect with us

Antarabangsa

Iraq minta AS halang pesawat Israel guna ruang udaranya untuk serang Iran

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • “Baghdad telah meminta Amerika Syarikat memainkan peranannya untuk menghalang pesawat Israel daripada melanggar ruang udara Iraq, selaras dengan Perjanjian Kerangka Strategik,” lapor Agensi Berita Iraq memetik sumber kerajaan.
  • Sumber itu menekankan pentingnya menghormati kedaulatan Iraq dan keutuhan ruang udaranya, sambil menambah bahawa “AS, selaku negara yang mengetuai pakatan antarabangsa menentang Daesh, bertanggungjawab memastikan tiada pelanggaran yang boleh menjejaskan kedaulatan Iraq atau membahayakan keselamatannya.”

ISTANBUL — Iraq pada Sabtu meminta Amerika Syarikat (AS) menghalang pesawat Israel daripada menggunakan ruang udara Iraq untuk menyerang Iran, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.

“Baghdad telah meminta Amerika Syarikat memainkan peranannya untuk menghalang pesawat Israel daripada melanggar ruang udara Iraq, selaras dengan Perjanjian Kerangka Strategik,” lapor Agensi Berita Iraq memetik sumber kerajaan.

Sumber itu menekankan pentingnya menghormati kedaulatan Iraq dan keutuhan ruang udaranya, sambil menambah bahawa “AS, selaku negara yang mengetuai pakatan antarabangsa menentang Daesh, bertanggungjawab memastikan tiada pelanggaran yang boleh menjejaskan kedaulatan Iraq atau membahayakan keselamatannya.”

Israel melancarkan beberapa siri serangan terhadap wilayah Iran pada awal pagi Jumaat, menyasarkan kemudahan nuklear dan peluru berpandu, serta mengorbankan beberapa pegawai kanan tentera dan saintisnya. — BERNAMA-ANADOLU

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author