Connect with us

Antarabangsa

Pasangan zina disebat 100 kali di bawah hukuman syariah di Aceh

Published

on

Foto: Sepasang kekasih di wilayah Aceh, Indonesia telah disebat sebanyak 100 kali setiap seorang di hadapan orang ramai.
  • Sepasang kekasih di wilayah Aceh, Indonesia telah disebat sebanyak 100 kali setiap seorang di hadapan orang ramai selepas disabitkan bersalah melakukan hubungan seks luar nikah oleh mahkamah yang mengamalkan undang-undang Syariah.
  • Hukuman sebat itu dilakukan oleh pihak berkuasa agama yang dikenali sebagai polis Syariah.
  • Tiga individu lain turut menerima 49 sebatan secara keseluruhan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian dan pengambilan alkohol.
  • “Ini menjadi pengajaran moral kepada masyarakat secara keseluruhan. Hukuman ini juga menjadi pintu taubat kepada mereka.”- Datuk Bandar Banda Aceh, Illiza Sa’aduddin Djamal.

BANDA ACEH – Sepasang kekasih di wilayah Aceh, Indonesia telah disebat sebanyak 100 kali setiap seorang di hadapan orang ramai selepas disabitkan bersalah melakukan hubungan seks luar nikah oleh mahkamah yang mengamalkan undang-undang Syariah.

Pasangan lelaki dan wanita itu menerima hukuman tersebut pada hari Rabu, dalam satu upacara awam yang berlangsung di Banda Aceh, ibu negeri wilayah tersebut.

Hukuman sebat itu dilakukan oleh pihak berkuasa agama yang dikenali sebagai polis Syariah.

Undang-undang di Aceh satu-satunya wilayah di Indonesia yang menguatkuasakan undang-undang Syariah melarang sebarang hubungan seksual antara pasangan yang belum berkahwin.

Hukuman sebat awam masih diamalkan di sini, berbeza dengan wilayah lain di negara itu.

Sebatan dilakukan dalam set 10 kali, dan menurut saksi media, wanita tersebut disebat oleh seorang pegawai wanita.

Sementara itu, tiga individu lain turut menerima 49 sebatan secara keseluruhan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian dan pengambilan alkohol.

“Hari ini, kita melaksanakan hukuman sebat terhadap pelaku zina, pengambilan alkohol dan perjudian dalam talian,” kata Datuk Bandar Banda Aceh, Illiza Sa’aduddin Djamal kepada wartawan.

“Ini menjadi pengajaran moral kepada masyarakat secara keseluruhan. Hukuman ini juga menjadi pintu taubat kepada mereka,” tambahnya.

Perkhidmatan perubatan turut disediakan sepanjang hukuman dilaksanakan bagi memastikan keselamatan semua pesalah.

Walaupun dikecam oleh kumpulan hak asasi manusia sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan, hukuman sebat masih mendapat sokongan kuat dalam kalangan penduduk Aceh, terutama dalam menangani kesalahan seperti perjudian, alkohol dan perzinaan. -The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author