Connect with us

Antarabangsa

Jurucakap Biden dulu pertahan Israel, Kini akui zionis lakukan jenayah perang

Published

on

Foto: bekas jurucakap utama Jabatan Negara Amerika Syarikat, Matthew Miller
  • “Saya tidak fikir ini satu genosid, tetapi saya fikir tanpa ragu Israel telah melakukan jenayah perang.” – Matthew Miller, Bekas Jurucakap Utama Jabatan Negara Amerika Syarikat
  • Hos Mark Stone dalam soal balasnya mengajukan pertanyaan mengapa Miller tidak berkata sedemikian di sidang media rasmi Jabatan Negara?
  • “Ya, sebab di podium itu, saya tidak memberi pandangan peribadi, saya menyampaikan pendirian rasmi kerajaan Amerika Syarikat,” jawab Miller.

WASHINGTON — Seorang bekas jurucakap kanan dalam pentadbiran Presiden Joe Biden, yang sebelum ini mempertahankan Israel daripada dakwaan jenayah perang, kini menyatakan bahawa Israel tanpa keraguan telah melakukan jenayah perang di Gaza.

Matthew Miller, bekas jurucakap utama Jabatan Negara Amerika Syarikat pernah terlibat dalam pertikaman lidah dengan wartawan yang mempersoalkan dasar luar AS di Timur Tengah.

Beliau bagaimanapun kini dalam satu podcast terbitan Sky News UK, mengakui percaya bahawa Israel memang bertanggungjawab terhadap jenayah perang ketika beliau masih memegang jawatan itu.

“Saya tidak fikir ini satu genosid, tetapi saya fikir tanpa ragu Israel telah melakukan jenayah perang,” jelasnya.

Hos Mark Stone dalam soal balasnya mengajukan pertanyaan mengapa Miller tidak berkata sedemikian di sidang media rasmi Jabatan Negara?

“Ya, sebab di podium itu, saya tidak memberi pandangan peribadi, saya menyampaikan pendirian rasmi kerajaan Amerika Syarikat,” jawab Miller.

Miller memainkan peranan utama dalam menyampaikan kenyataan rasmi dasar luar AS sepanjang dua tahun terakhir pentadbiran Biden, dan sering mengadakan sidang akhbar berkala di Washington. Dalam beberapa keadaan, beliau turut berdepan dengan bantahan pro-Palestin di luar rumahnya.

Seperti Biden, beliau secara terbuka menolak usaha untuk mengenakan pertanggungjawaban terhadap Israel, termasuk keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap pemimpin Israel pada November lalu.

Waran yang masih berkuat kuasa itu menuduh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dan menggunakan kebuluran sebagai senjata perang.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author