Connect with us

Antarabangsa

Tiga individu dipenjara seumur hidup sengaja tembak MH17

Mahkamah Belanda hari ini mensabitkan kesalahan terhadap tiga individu dan membebaskan seorang lagi atas tuduhan menembak jatuh Penerbangan Malaysia, MH17 di ruang udara Ukraine pada 2014.

Wartawan TMT

Published

on

Tiga individu dipenjara seumur hidup sengaja tembak MH17
Foto: Bangkai pesawat MH17
  • Mahkamah Belanda hari ini sabitkan kesalahan tersebut atas tuduhan menembak jatuh Penerbangan Malaysia, MH17 di ruang udara Ukraine pada 2014.
  • Pesalah tersebut adalah 2 rakyat Russia, serta seorang warga Ukraine.
  • Seorang lagi suspek warga Russia didapati tidak bersalah.
  • Ketiga-tiga tertuduh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Mereka turut diperintahkan bayar sekurang-kurangnya €16 juta (RM75.26 juta) sebagai pampasan kepada keluarga mangsa.
  • Mahkamah sahkan MH17 ditembak jatuh pada 2014 menggunakan peluru berpandu buatan Russia dilancarkan dari sebuah padang di Ukraine.

 

THE HAGUE, Belanda – Mahkamah Belanda hari ini mensabitkan kesalahan terhadap tiga individu dan membebaskan seorang lagi atas tuduhan menembak jatuh Penerbangan Malaysia, MH17 di ruang udara Ukraine pada 2014.

Rakyat Russia, Igor Girkin dan Sergei Dubinsky serta seorang warga Ukraine, Leonid Kharchenko didapati bersalah kerana membunuh dan dengan sengaja menembak jatuh pesawat tersebut.

Seorang lagi suspek warga Russia, Oleg Pulatov didapati tidak bersalah, kata Hakim Hendrik Steenhuis.

Ketiga-tiga tertuduh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Mereka turut diperintahkan membayar sekurang-kurangnya €16 juta (RM75.26 juta) sebagai pampasan kepada keluarga mangsa.

Tiada seorang pun daripada suspek berada di mahkamah yang dikawal ketat itu bagi mendengar keputusan, manakala berpuluh-puluh ahli keluarga datang dari seluruh dunia bagi mendengar keputusan hakim selepas perbicaraan yang berlangsung selama dua tahun setengah itu.

Mahkamah turut mengesahkan MH17 ditembak jatuh pada 2014 dengan menggunakan peluru berpandu buatan Russia yang dilancarkan dari sebuah padang di Ukraine.

“Mahkamah memutuskan bahawa MH17 ditembak jatuh melalui tembakan peluru berpandu BUK dari sebuah padang dekat Pervomaisk, yang membunuh semua 298 penumpang dan anak kapal,” kata Steenhuis.

Dalam kejadian pada 17 Julai 2014, kesemua 298 penumpang dan kru terbunuh apabila pesawat Boeing 777 yang berlepas dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur itu terkena tembakan di timur Ukraine oleh apa yang dikatakan pendakwa raya sebagai peluru berpandu BUK yang dibekalkan oleh Russia. – AFP

Sumber : Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Jenayah Islamofobia Jerman meningkat lebih dua kali ganda tahun lalu

Bilangan jenayah Islamofobia di Jerman meningkat lebih dua kali ganda tahun lalu berdasarkan  angka kerajaan dengan peningkatan dikaitkan dengan perang Israel ke atas Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Bilangan jenayah Islamofobia di Jerman meningkat lebih dua kali ganda tahun lalu berdasarkan  angka kerajaan dengan peningkatan dikaitkan dengan perang Israel ke atas Gaza.
  • Pada 2023, sekitar 1,464 jenayah seluruh negara diklasifikasikan sebagai Islamofobia, berbanding 610 jenayah kebencian anti-Muslim pada tahun sebelumnya, lapor agensi akhbar Jerman dpa memetik jawapan kerajaan berkenaan siasatan oleh Ahli Parlimen Christian Democratic Union (CDU), Christoph de Vries.
  • Sementara itu, polis melaporkan 137 jenayah Islamofobia pada suku pertama tahun ini.
  • Lonjakan dramatik jenayah kebencian anti-Muslim dikaitkan dengan perang Gaza yang semakin memuncak, menurut laporan itu dengan Jerman sebagai salah satu sekutu paling setia Israel.
  • Kerajaan Jerman berulang kali menyatakan kebimbangan mengenai peningkatan Islamofobia di negara itu sejak bermulanya perang Israel ke atas Gaza tahun lalu.

Bilangan jenayah Islamofobia di Jerman meningkat lebih dua kali ganda tahun lalu berdasarkan  angka kerajaan dengan peningkatan dikaitkan dengan perang Israel ke atas Gaza.

Pada 2023, sekitar 1,464 jenayah seluruh negara diklasifikasikan sebagai Islamofobia berbanding 610 jenayah kebencian anti-Muslim pada tahun sebelumnya, lapor agensi akhbar Jerman dpa memetik jawapan kerajaan berkenaan siasatan oleh Ahli Parlimen Christian Democratic Union (CDU), Christoph de Vries.

Sementara itu, polis melaporkan 137 jenayah Islamofobia pada suku pertama tahun ini.

Lonjakan dramatik jenayah kebencian anti-Muslim dikaitkan dengan perang Gaza yang semakin memuncak, menurut laporan itu dengan Jerman sebagai salah satu sekutu paling setia Israel.

Walaupun begitu, kerajaan Jerman berulang kali menyatakan kebimbangan mengenai peningkatan Islamofobia di negara itu sejak bermulanya perang Israel ke atas Gaza tahun lalu.

Sebarang serangan ke atas umat Islam di Jerman, atas sebab agama atau lain-lain, “sama sekali tidak boleh diterima,” kata jurucakap kerajaan Steffen Hebestreit.

“Hampir lima juta umat Islam di Jerman mempunyai hak untuk dilindungi,” katanya.

Perikatan Menentang Islamofobia dan Kebencian Anti-Muslim yang berpangkalan di Berlin juga memberi amaran tentang perkauman anti-Islam semakin meningkat di tengah-tengah konflik Israel-Palestin yang semakin memuncak di Gaza.

“Kami menyaksikan peningkatan perkauman anti-Muslim di Jerman. Ini sesuatu yang kita semua patut ambil berat dan perlu ambil serius,” kata Rima Hanano, ketua pertubuhan bukan kerajaan itu.

“Kita tidak boleh membenarkan pendirian tidak berperikemanusiaan terus dinormalisasi yang dengan itu menjejaskan perpaduan sosial. 

“Semua orang mesti dilindungi daripada keganasan dan ancaman perkauman, anti-semitisme dan lain-lain yang tidak berperikemanusiaan,” katanya.

Dengan populasi lebih 84 juta orang, Jerman mempunyai penduduk Muslim kedua terbesar di Eropah Barat setelah Perancis. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending