Connect with us

Terkini

(VIDEO) Pelancong China hampir menangis, terharu dibantu seorang pak cik Muslim di stesen tren KL

Published

on

Foto: Tangkap layar klip video TikTok berkenaan pelancong China yang dibantu seorang pak cik Melayu-Islam.

KUALA LUMPUR — Seorang pelancong dari China meluahkan rasa terharu hingga hampir menitiskan air mata apabila seorang lelaki Melayu Islam membantu membeli token (tiket) dan memberi panduan bagaimana menaiki tren ketika dia berdepan kekeliruan dan hilang arah di sebuah stesen di sini.

Tindakan lelaki itu juga mendapat pujian netizen yang rata-rata mengucapkan terima kasih kerana telah menunjukkan sikap sebenar rakyat Malaysia yang akan saling bantu membantu tanpa mengira warna kulit dan bangsa serta bukannya penduduk yang rasis.

Menerusi video berdurasi satu minit yang dimuat naik di TikTok @thestorydaily baru-baru ini, pelancong wanita itu dengan berbahasa Cina dan dalam keadaan sebak menceritakan bagaimana seorang lelaki bert-shirt warna pink dan berkopiah putih itu membantunya.

“Saya tak tahu macam mana nak beli tiket. Lepas tu ada seorang pak cik datang tanya saya nak pergi mana. Saya tunjukkan peta pada dia, dan dia tunjukkan arah (mesin tiket terbabit).

“Kemudian bila saya jalan ke depan (mesin tiket), mungkin dia risau saya tak jumpa jalan, jadi dia ikut saya dan tolong saya beli tiket.

 “Lepas dia bantu beli tiket, dia siap hantar saya sampai ke tempat pemeriksaan tiket dan terangkan macam mana nak turun ke platform…Masa tu saya dah jalan agak jauh, tapi dia tetap datang kepada saya (untuk membantu),” katanya yang menyifatkan pak cik itu sebagai seorang yang sangat baik.

Wanita itu turut meminta orang ramai menyokong usaha lelaki tersebut yang difahamkan mencari rezeki dengan menjual barangan di stesen berkenaan.

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen Malaysia yang rata-rata memuji tindakan lelaki terbabit kerana telah menggambarkan sikap sebenar rakyat Malaysia yang suka membantu orang lain tanpa mengira warna kulit mahupun bangsa seseorang itu.

Foto: Antara tangkap layar komen netizen di video TikTok tersebut.

Ada juga menyifatkan tindakan lelaki itu seakan-akan mencerminkan rasa kekhuatiran seorang ayah kepada anak perempuannya, malah ada yang berharap kebaikan pak cik terbabit akan tersebar seluruh negara China.

“Aku bangga dengan sikap sopan dan ramah pak cik tu,” komen netizen bernama Icam.

“Begitulah adab orang Malaysia yang sebenar, tak racist dan fikir apa-apa yang tak elok. Hulurkan bantuan selagi boleh kepada yang memerlukan, salute pakcik mengharumkan nama Malaysia,” kata netizen bernama the sama guy.

Foto: Antara tangkap layar komen netizen di video TikTok tersebut.

“Terima kasih pak cik mengambarkan sebenar warga Malaysia yang saling membantu tanpa mengira warna kulit dan bangsa.. terbaik,” komen netizen lain.

“Apabila kita dalam kesusahan, ada orang yang hadir menolong..perasaan sebak tu sangat menyentuh hati😔,” komen M menunjukkan situasi dihadapi pelancong China itu yang dilihat menahan tangis ketika menceritakan situasi dihadapinya. — The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author