Connect with us

Antarabangsa

Ketua ISIS pro-Israel kembali, didakwa kawal trak bantuan di Gaza di bawah perlindungan zionis

Published

on

Foto: Ketua kumpulan bersenjata yang dikaitkan dengan ISIS dan jenayah rompakan bantuan, Yasser Abu Shabab
  • Yasser Abu Shabab, ketua kumpulan bersenjata yang dikaitkan dengan ISIS dan jenayah rompakan bantuan muncul dengan pakaian tentera dan mendakwa kumpulannya sedang “mengawal” penghantaran bantuan kemanusiaan di bawah perlindungan tentera Israel.
  • Beberapa laporan, termasuk dari Haaretz dan The Washington Post, mengesahkan bahawa kumpulan ini sering beroperasi berhampiran posisi tentera Israel tanpa halangan.
  • Kumpulan Abu Shabab sebelum ini pernah membakar trak bantuan dan menghalang penghantaran ke kawasan yang memerlukan. Mereka turut didakwa memeras ugut pemandu trak bantuan, memukul mereka jika tidak membayar wang perlindungan.

 

GAZA, 26 Mei – Yasser Abu Shabab, ketua kumpulan bersenjata yang dikaitkan dengan ISIS dan jenayah rompakan bantuan, dilaporkan kembali aktif di Gaza.

Beliau muncul dengan pakaian tentera dan mendakwa kumpulannya sedang “mengawal” penghantaran bantuan kemanusiaan di bawah perlindungan tentera Israel.

Abu Shabab memuat naik hantaran di Facebook melalui akaun baharu, menyatakan kumpulannya yang digelar “pasukan rakyat” sedang membantu menyampaikan bantuan kepada rakyat Gaza yang kelaparan.

Hantaran tersebut turut mendedahkan maklumat mengenai laluan dan lokasi trak bantuan.

Beberapa laporan, termasuk dari Haaretz dan The Washington Post, mengesahkan bahawa kumpulan ini sering beroperasi berhampiran posisi tentera Israel tanpa halangan.

Saksi dan dokumen PBB turut menyatakan bahawa tentera Israel tidak mengambil tindakan terhadap kumpulan ini, menimbulkan dakwaan perlindungan aktif atau pasif.

Kumpulan Abu Shabab sebelum ini pernah membakar trak bantuan dan menghalang penghantaran ke kawasan yang memerlukan. Mereka turut didakwa memeras ugut pemandu trak bantuan, memukul mereka jika tidak membayar wang perlindungan.

Pada Ahad lalu, Israel mula membenarkan bantuan masuk secara terhad selepas sekatan sejak 2 Mac.

Namun situasi keselamatan yang tidak stabil akibat aktiviti kumpulan bersenjata mengancam penghantaran bantuan yang amat diperlukan di Gaza.

Pada Selasa, 31 trak bantuan diserang di tengah Gaza berhampiran Deir Al-Balah. Enam pegawai keselamatan terbunuh selepas diserang peluru berpandu oleh tentera Israel ketika cuba menghalang rompakan oleh kumpulan bersenjata.

Serangan turut menyasarkan orang awam dan pasukan penyelamat yang datang membantu mangsa.

Ambulans dan kenderaan penyelamat turut menjadi sasaran serangan yang dikatakan dilakukan secara sistematik.

Pejabat Media Kerajaan Gaza mendakwa Israel melancarkan lapan serangan terhadap pengiring bantuan dalam beberapa hari lalu. Mereka menyifatkan tindakan ini sebagai usaha terancang untuk menghalang bantuan sampai kepada penduduk yang memerlukan.

Rangkaian Masyarakat Sivil Palestin mengecam serangan itu dan menyatakan bantuan yang disasarkan adalah untuk roti di Gaza City dan utara Gaza. Mereka turut menuduh Israel mencipta gambaran palsu kononnya sekatan telah dilonggarkan sedangkan jumlah bantuan yang masuk sangat terhad.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author