Connect with us

Terkini

Suami ditahan, mengaku terlibat, selepas wanita maut dilempar keluar dari van

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan
  • Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, lelaki berusia 50 tahun itu ditahan pada Selasa jam 6 petang di Taman Kinrara, Puchong.
  • “Suspek mengaku terlibat dalam kes tersebut. Dia memberitahu bahawa berlaku pertengkaran antara dia dan isterinya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah,” kata Aidil pada Rabu.
  • Siasatan mendapati suspek positif dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

KUALA LUMPUR –  Suami kepada wanita yang maut selepas didakwa dilempar keluar dari sebuah van telah ditahan polis dan mengaku terlibat dalam kes berkenaan.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, lelaki berusia 50 tahun itu ditahan pada Selasa jam 6 petang di Taman Kinrara, Puchong.

“Suspek mengaku terlibat dalam kes tersebut. Dia memberitahu bahawa berlaku pertengkaran antara dia dan isterinya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah,” kata Aidil pada Rabu yang dipetik The Star.

Siasatan mendapati suspek positif dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

Saksi pada hari kejadian memaklumkan kepada polis bahawa mangsa berusia 44 tahun telah dilempar keluar dari sebuah van kira-kira jam 2.30 petang di sepanjang Lebuhraya Kesas berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Awan Besar.

Van tersebut turut dilihat memecut meninggalkan lokasi kejadian.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba. – The Merdeka Times

Author