Connect with us

Terkini

Harga bahan keperluan harian meningkat hampir dua hingga tiga kali sejak 13 tahun lepas – DOSM

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Dalam laporan DOSM bertajuk Analisis Indeks Harga Pengguna (IHP) Tahunan 2024 yang dipetik Bernama, memaparkan harga dalam tempoh antara 2011 dan 2024, daging lembu tempatan meningkat hampir dua kali daripada RM19.05 kepada RM37.84 sekilogram.
  • Bagi perbandingan tempoh yang sama, bawang besar yang diimport dari India turut mencatat peningkatan ketara 139.4 peratus daripada RM2.89 kepada RM6.92 sekilogram.
  • Santan segar juga mencatatkan peningkatan daripada RM7.39 sekilogram pada 2011 kepada RM11.54 pada 2024 manakala kelapa parut naik daripada RM5.18 sekilogram pada 2011 kepada RM8.33 pada 2024.

KUALA LUMPUR — Harga bahan keperluan harian seperti bawang dan daging lembu tempatan meningkat hampir dua hingga tiga kali sejak 13 tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam laporannya bertajuk Analisis Indeks Harga Pengguna (IHP) Tahunan 2024 yang dipetik Bernama, memaparkan harga dalam tempoh antara 2011 dan 2024, daging lembu tempatan meningkat hampir dua kali daripada RM19.05 kepada RM37.84 sekilogram.

Bagi perbandingan tempoh yang sama, bawang besar yang diimport dari India turut mencatat peningkatan ketara 139.4 peratus daripada RM2.89 kepada RM6.92 sekilogram.

Santan segar juga mencatatkan peningkatan daripada RM7.39 sekilogram pada 2011 kepada RM11.54 pada 2024 manakala kelapa parut naik daripada RM5.18 sekilogram pada 2011 kepada RM8.33 pada 2024.

Kerang  pula menunjukkan peningkatan harga paling ketara dengan lonjakan 400.3 peratus, daripada RM3.04 pada 2011 kepada RM15.21 sekilogram pada 2024.

Laporan itu antara lainnya turut memaklumkan harga makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti roti canai, nasi lemak dan sate turut meningkat hampir dua kali sejak 13 tahun lepas.

Harga roti canai meningkat 71.1 peratus daripada purata harga 90 sen sekeping pada 2011 kepada RM1.54 pada 2024 manakala harga nasi lemak naik 81.3 peratus daripada RM2.03 sepinggan kepada RM3.68 pada 2024.

Harga sate ayam pula telah meningkat lebih dua kali, melonjak sebanyak 113.7 peratus daripada 51 sen secucuk pada 2011 kepada RM1.09 tahun lepas.

DOSM semalam melaporkan inflasi Malaysia meningkat dengan kadar perlahan 1.8 peratus pada 2024 daripada 2.5 peratus pada 2023 dengan mata indeks mencatatkan 132.8 berbanding 130.4 pada tahun sebelumnya.

Menurutnya, berdasarkan data Tinjauan Ekonomi Dunia Tabung Kewangan Antarabangsa bagi April 2025, inflasi negara adalah selari dengan kadar inflasi global sebanyak 5.7 peratus pada 2024, lebih perlahan berbanding 6.6 peratus yang direkodkan pada 2023.— The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author