Connect with us

Terkini

Tiada pencemaran sisa ladang babi di Ayer Kuning – Mohamad Sabu

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu
  • Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Perak telah menjalankan kajian saintifik berhubung perkara itu.
  • “Saya diberitahu oleh pakar daripada DVS bahawa sisa dari ladang tersebut dialirkan terlebih dahulu ke dalam kolam dan kemudian mengikut kaedah saintifik, dicerakinkan sebelum dilepaskan ke sungai. Bacaan bahan tercemar yang dibuang ke sungai adalah di bawah 10 (ppm-bahagian per juta), iaitu berada dalam paras selamat.
  • “Oleh itu, pembuangan sisa dari sembilan ladang ternakan babi ini tidak menyebabkan pencemaran. Kalau ada pihak lain yang mempunyai kajian berbeza, sila kemukakan bukti, kajian pihak kami dalam kawasan DUN Ayer Kuning mendapati tiada pencemaran berlaku,” katanya kepada Bernama.

TAPAH — Sembilan ladang ternakan babi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning mematuhi peraturan pembuangan sisa dan tidak menyebabkan pencemaran sungai, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Perak telah menjalankan kajian saintifik berhubung perkara itu.

“Saya diberitahu oleh pakar daripada DVS bahawa sisa dari ladang tersebut dialirkan terlebih dahulu ke dalam kolam dan kemudian mengikut kaedah saintifik, dicerakinkan sebelum dilepaskan ke sungai. Bacaan bahan tercemar yang dibuang ke sungai adalah di bawah 10 (ppm-bahagian per juta), iaitu berada dalam paras selamat.

“Oleh itu, pembuangan sisa dari sembilan ladang ternakan babi ini tidak menyebabkan pencemaran. Kalau ada pihak lain yang mempunyai kajian berbeza, sila kemukakan bukti, kajian pihak kami dalam kawasan DUN Ayer Kuning mendapati tiada pencemaran berlaku,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian selepas majlis makan malam MADANI di Coldstream di sini malam tadi yang turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Mohamad berkata pihak berkuasa akan terus memantau semua ladang ternakan babi bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap undang-undang, selain mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku sebarang pelanggaran atau pencemaran.

“Saya tahu isu ini sensitif, terutama melibatkan perasaan pelbagai kaum. Penting untuk kita jelaskan fakta dan jangan sebarkan maklumat yang salah hingga menimbulkan panik dalam kalangan penduduk,” katanya. — BERNAMA

Author