Connect with us

Antarabangsa

Penyelam Israel maut diserang jerung dikenal pasti bekas tentera Zionis

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Barak Tzach, 45 tahun (gambar kecil)
  • Barak Tzach, 45 tahun, merupakan anggota Batalion 8297 daripada Briged Nahal Utara yang pernah dikerahkan ke Selatan Lubnan dan Gaza ketika perang genosid yang sedang berlangsung.
  • Mayat Tzach hanya ditemui hari ini, kira-kira 250 meter dari lokasi kejadian selepas pencarian selama dua hari.
  • Kejadian itu mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai di media sosial yang menyifatkan insiden itu sebagai balasan Tuhan atas apa yang berlaku di Palestin.

HAIFA – Penyelam lelaki dari negara haram Israel yang maut diserang seekor jerung di persisiran pantai Hadera di tanah jajahan Palestin, Isnin lalu sudah ditemui hari ni dan dikenalpasti sebagai bekas tentera Zionis.

Barak Tzach, 45 tahun, merupakan anggota Batalion 8297 daripada Briged Nahal Utara yang pernah dikerahkan ke Selatan Lubnan dan Gaza ketika perang genosid yang sedang berlangsung.

Menurut laporan Times of Israel, ketika kejadian, Tzach sedang melakukan aktiviti snorkeling secara bersendirian sambil merakam video menggunakan kamera GoPro untuk merakam jerung.

Jerung itu tiba-tiba menghampirinya dan dia cuba menghalau jerung berkenaan dengan batang besi pemegang GoPro menyebabkan haiwan itu bertindak ganas menyerangnya sehingga maut.

Namun, mayat Tzach hanya ditemui hari ini, kira-kira 250 meter dari lokasi kejadian selepas pencarian selama dua hari.

Rakaman video orang awam pada hari kejadian menunjukkan seekor jerung besar berenang melepasi pengunjung pantai di perairan cetek sebelum menuju ke laut dalam di mana ia bertembung dengan Tzach.

Walaupun spesies jerung itu bukan pemangsa kepada manusia, namun insiden berkenaan bukan kali pertama kerana awal tahun ini seorang lagi penyelam Israel, Almog Atar, turut diserang oleh seekor jerung di perairan sama.

Kejadian itu mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai di media sosial yang menyifatkan insiden itu sebagai balasan Tuhan atas apa yang berlaku di Palestin.

Malah, ada antara mereka memuji jerung berkenaan kerana berjaya menewaskan musuh rakyat Palestin. – The Merdeka Times.

Author