Connect with us

Terkini

DBKL sita perniagaan warga asing beroperasi tanpa lesen

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: DBKL
  • DBKL menerusi hantaran di Facebook memaklumkan penjaja berkenaan didapati menjalankan perniagaan mereka di Jalan Leboh Pudu dan Jalan Tun Tan Siew Sin.
  • “Tindakan dilaksanakan berdasarkan pemantauan berkala di sekitar kawasan Petaling. Kesemua barangan yang dikenakan tindakan sita telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi.
  • “Tindakan sitaan dilaksanakan mengikut Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016,” menurut hantaran itu.

KUALA LUMPUR — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenakan tindakan sita terhadap barangan jualan sembilan penjaja warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa lesen dalam satu operasi di ibu negara, pada Sabtu.

DBKL menerusi hantaran di Facebook memaklumkan penjaja berkenaan didapati menjalankan perniagaan mereka di Jalan Leboh Pudu dan Jalan Tun Tan Siew Sin.

“Tindakan dilaksanakan berdasarkan pemantauan berkala di sekitar kawasan Petaling. Kesemua barangan yang dikenakan tindakan sita telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi.

“Tindakan sitaan dilaksanakan mengikut Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016,” menurut hantaran itu.

DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti dan orang awam boleh berhubung atau menyalurkan aduan serta maklumat di pautan https://adukl.dbkl.gov.my. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *