Connect with us

Terkini

Orang Klang, siap sedia berdepan risiko banjir

Penduduk di daerah sini disarankan untuk bersiap siaga bagi menghadapi fenomena air pasang besar mulai Isnin hingga Rabu depan. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Orang Klang, siap sedia berdepan risiko banjir
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menurut Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang, paras air laut dijangka meningkat sehingga 5.3 meter sepanjang tempoh tersebut. 
  • Katanya, penduduk juga akan berdepan risiko banjir dan runtuhan ban akibat fenomena berkenaan. 
  • “Sehubungan itu, JPBD Klang mengingatkan semua warga Klang untuk sentiasa peka dan cakna dengan keadaan semasa alam sekeliling.
  • Bilik Gerakan Bencana Daerah Klang akan turut dibuka mulai 7 hingga 9 November 2022 dan penduduk digalakkan untuk mempunyai beg Ready2Go di rumah masing-masing.

KLANG – Penduduk di daerah sini disarankan untuk bersiap siaga bagi menghadapi fenomena air pasang besar mulai Isnin hingga Rabu depan. 

Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang menerusi satu kenyataan daripada Jabatan Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Klang memaklumkan paras air laut dijangka meningkat sehingga 5.3 meter sepanjang tempoh tersebut. 

Menurutnya, penduduk juga akan berdepan risiko banjir dan runtuhan ban akibat fenomena berkenaan. 

“Sehubungan itu, JPBD Klang mengingatkan semua warga Klang untuk sentiasa peka dan cakna dengan keadaan semasa alam sekeliling.

“Sentiasa dapatkan maklumat terkini keadaan cuaca dan arahan lanjut pihak agensi kerajaan bertanggungjawab.

“Bilik Gerakan Bencana Daerah Klang akan turut dibuka mulai 7 hingga 9 November 2022,” katanya di Facebook pada Khamis. 

Selain itu, JPBD Klang turut mengalakkan penduduk di daerah berkenaan untuk mempunyai beg kecemasan bencana (Ready2Go) di rumah masing-masing.

Sumber: Sinar Harian

 

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *